Untuk pengetahuan semua ibu bapa dan waris, semakan slip peperiksaan murid/pelajar boleh dibuat secara atas talian melalui portal SAPS Semakan Ibu Bapa atau dikenali sebagai Sistem SAPS Ibu Bapa 2019.
Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) ini diperkenalkan untuk membantu memudahkan ibu bapa mengikuti perkembangan ujian/peperiksaan anak-anak di sekolah oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Namun begitu, portal rasmi SAPS Ibu Bapa tidak menyokong peperiksaan besar seperti UPSR, PT3, SPM dan STPM.
Sistem analisis peperiksaan sekolah ini hanya menyokong ujian bulanan dan peperiksaan tahunan yang diuruskan pihak sekolah termasuk peperiksaan percubaan.
CARA LOGIN SAPS SEMAKAN IBU BAPA 2019
1. Layari portal SAPS Ibu Bapa atau klik https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/
2. Masukkan nombor kad pengenalan pelajar dan klik “Cari”
3. Kemudian masukkan maklumat sekolah pelajar termasuk pilihan negeri dan nama sekolah
4. Klik butang “Semak”
5. Sistem akan memaparkan keputusan peperiksaan pelajar
SAPS NKRA
Untuk makluman, berikut adalah gred pemarkahan di sekolah rendah, menengah dan menengah atas untuk rujukan ibu bapa.
Gred Sekolah Rendah
80-100 Gred A Cemerlang
65-79 Gred B Baik
50-64 Gred C Memuaskan
40-49 Gred D Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred E Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir
Gred Sekolah Menengah
85-100 Gred A Cemerlang
70-84 Gred B Kepujian
60-69 Gred C Baik
50-59 Gred D Memuaskan
40-49 Gred E Mencapai Tahap Minimum
0-39 Gred F Belum Mencapai Tahap Minimum
TH Tidak Hadir
Gred Menengah Atas
90-100 Gred A+ Cemerlang Tertinggi
80-89 Gred A Cemerlang Tinggi
70-79 Gred A- Cemerlang
65-69 Gred B+ Kepujian Tertinggi
60-64 Gred B Kepujian Tinggi
55-59 Gred C+ Kepujian Atas
50-54 Gred C Kepujian
45-49 Gred D Lulus Atas
40-44 Gred E Lulus
0-39 Gred G Gagal
TH Tidak Hadir
MASALAH UNTUK LOG MASUK SAPS
Terdapat beberapa aduan mengenai masalah tidak dapat log masuk ke sistem SAPS Ibu Bapa.
Kebiasaannya, masalah tersebut terjadi mungkin disebabkan pengguna terlupa ID atau kata laluan sebenar.
Kesilapan huruf besar/kecil bagi ID atau kata laluan juga boleh menyebabkan pengguna tidak boleh log masuk ke sistem SAPS NKRA.
Cara paling mudah dan cepat untuk selesaikan masalah ini dengan menghubungi HELPDESK.
Untuk makluman ibu bapa, pengguna tidak boleh mengubah ID atau kata laluan.
Hanya Guru Kelas / Guru Matapelajaran sahaja boleh menukar ID atau kata laluan pengguna dengan melakukan langkah-langkah seperti di bawah:
Sekiranya ibu bapa masih menghadapi masalah seperti nombor kad pengenalan pelajar tidak dapat akses SAPS, sila rujuk maklumat di bawah.
- Ibu bapa perlu menghubungi guru kelas anak mereka bagi memaklumkan masalah tersebut.
- Guru kelas hendaklah menyemak nombor kad pengenalan dengan dokumen sokongan (kad pengenalan/sijil lahir).
- Jika disahkan salah, guru kelas perlu mengemaskini pelajar berkenaan di APDM dan melaporkan masalah ini kepada SUP sekolah.
SUP dikehendaki mengemaskini nombor kad pengenalan pelajar tersebut di SAPS dengan cara seperti berikut:
Update 18 Jun 2018: Sistem SAPS Ibu Bapa ditutup buat sementara waktu atas faktor keselamatan berikutan dakwaan pencerobohan ke atas sistem berkenaan yang diterima 10 Jun lepas.
Penutupan tersebut dimaklumkan oleh Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik dalam satu sidang media baru-baru ini.