SARA: Bantuan RM600 sudah mula ditambah ke dalam MyKad penerima STR yang layak secara berperingkat. Seperti yang anda ketahui, inisiatif tambahan ini telah pun diperkenalkan pada mesyuarat Bajet 2023.
SARA: BANTUAN RM600
Derma Asas Rahmat atau lebih dikenali sebagai SARA merupakan satu inisiatif dalam bentuk bantuan bakul dan baucar makanan asas. Insentif ini diberikan secara percuma kepada penerima STR yang memerlukan tanpa perlu memohon.
Apa yang lebih menarik ialah insentif ini dimasukkan ke dalam MyKad setiap penerima secara bulanan untuk tempoh 6 bulan. Pemberian itu telah bermula pada Julai hingga Disember 2023 pada kadar RM100 sebulan.
JADUAL BAYARAN SARA SARA RM600
Untuk makluman, terdapat 2 kaedah pemberian yang dijalankan bagi pemberian inisiatif Sumbangan Yayasan Rahmah khas ini. Bagi penerima di Sarawak, Sabah dan Labuan akan dikreditkan sebanyak RM600 pada bulan Ogos, manakala bagi penerima yang tinggal di negeri semenanjung akan dikreditkan mengikut jadual seperti di bawah.
Julai: RM100
Ogos: RM100
September: RM100
Oktober: RM100
November: RM100
Disember: RM100
Info : Elaun khas ini akan dikreditkan ke Mykad dan jumlah tersebut boleh digunakan untuk membeli keperluan asas di pasaraya dan kedai runcit berdaftar.
SEMAKAN STATUS KELAYAKAN SARA
Jika anda merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berada dalam golongan yang kurang bernasib baik dan memerlukan. Anda boleh menyemak sama ada anda layak atau tidak untuk menerima insentif tambahan ini.
Semakan status kelayakan SARA boleh dilakukan secara online. Untuk semakan sila layari laman rasmi MyKasih SARA – DI SINI
Pada halaman tersebut sila tekan butang ‘Semak Status’ dan masukkan maklumat peribadi yang diperlukan. Jika layak, maklumat anda akan dipaparkan menyatakan bahawa bantuan ini akan diberikan kepada anda.
MAKLUMAT LANJUT
Selain bantuan SARA, terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif khususnya dalam bentuk bantuan kewangan yang disediakan pada tahun ini bagi meringankan beban rakyat. Sila lihat senarai bantuan yang ada dan layak untuk dipohon – SEMAK DI SINI untuk rujukan.