Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Segera Perbaiki Kesalahan Kecil Ketika Solat.

by Ms Admin Wani
June 25, 2021
in Agama, Informasi, Isu Semasa, Panduan, Petua
Reading Time: 4 mins read
0
Segera Perbaiki Kesalahan Kecil Ketika Solat.

Sebelum memulakan solat ,kita harus mengambil 2 minit untuk “menyediakan diri ” sebelum menghadap Yg Esa; Dua perkara yg elok dilakukan sebelum berniat untuk solat, sewaktu kita berdiri tegak sebelum lafaz niat:

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Minit Pertama 

  • Membangkitkan rasa KEHAMBAAN dlm diri kita.
  • Kenangkan kembali dosa2 kita, betapa kerdil dan hinanya kita, seolah2 tak layak untuk diberi peluang menghadap yang Esa.
  • Pendek kata, kutuk diri sendiri dan menyesal lah.

Minit Kedua 

  • Membangkitkan rasa BERTUHAN.
  • Betapa kita diciptakan oleh yg Esa utk beribadat kepadaNya.
  • Kenangkan betapa bersyukurnya kita dijadikan sbg seorg Islam, mempunyai Tuhan yg begitu menyayangi hambaNya yg hina ini lebih daripada seorg ibu menyayangi anaknya.

Setelah dilakukan kedua-dua perkara ni, barulah kita niat solat dan mengangkat takbir. Berniatlah dlm keadaan berdiri tegak, bukan sambil membetulkan kain sembahyang, telekung dan sebagainya. Fokus. Setelah bertakbir, penceramah menunjukkan pula cara2 solat yg betul, penuh adab dan sopan, sesuai dgn keperibadian kita sebagai wanita dan selayak2nya.

Adab untuk menghadap Tuhan.

  • Mengangkat Takbir – ada 3 cara mengangkat takbir
    – Dgn meletakkan kedua-dua ibu jari di bawah cuping telinga
    – Dgn meletakkan kedua-dua jari telunjuk di bawah cuping telinga
    – Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras dada (bukan telinga).

Perlu diingatkan, kedua-dua lengan hendaklah dirapatkan ke badan. Menurut penceramah, syaitan-syaitan yg berupa kambing hitam gemar bergayut dicelah lengan (bawah ketiak) utk mengganggu solat kita, oleh itu sekiranya kedua lengan dirapatkan, tiada ruang utk mereka.

  • Qiyyam
    – Cara qiyyam yg betul ialah memposisikan tgn kiri ke atas sikit dari pusat (bukan menutup pusat) sambil ibu jari dihalakan ke atas, seolah olah menyentuh ulu hati.
    – Tangan kanan diletakkan di atas tangan kiri agak selesa. Pastikan kedua lengan adalah rapat mendekati badan.
  •  Rukuk
    – Peralihan dari posisi qiyyam kepada rukuk dilakukan dgn penuh tertib dan sopan.
    – Kedua2 tangan melurut peha dgn perlahan dan berhenti di atas lutut.
    – Pastikan badan kita di dlm posisi sudut tepat (90 darjah).
    – Siku juga dirapatkan ke badan dan sudut tepat.
  •  ‘Iktidal
    – Tegakkan badan semasa membaca “Sami Allahuliman hamidah..”;
    – Mengangkat tangan posisi takbir ketika membaca “rabbanaa lakal hamdu”

  •  Sujud
    –  Sujud dari segi istilah ialah “penyerahan diri yang tertinggi”.
    – Tertib sujud ialah dengan meletakkan kedua lutut ke lantai, baru diikuti tapak tangan dan seterusnya dahi.
    – Kedua tangan dirapatkan di bhgn bawah sedikit dari ibu jari, di mana ada sedikit ruang terbuka di antara kedua tangan dan di situlah dahi diletakkan.
    – Jangn sujud terlalu jauh ke hadapan kerana dikhuatiri akan melebihi lebih dari anggota sujud yg 7 iaitu dahi, kedua tapak tangan, kedua lutut and kedua belah kaki (setakat jari sahaja).
    – Ibu jari kaki dilentur sedikit agar menghala ke kiblat.
  •  Duduk Antara 2 Sujud – ada 2 cara :
    i. Papan punggung diletakkan di atas kedua2 kaki
    ii. Papan punggung lebih diberatkan atas kaki kiri ,dan kaki kanan dilentur agar ibu jari menghadap kiblat.
  •  Bangun Selepas Sujud
    – Duduk sebentar sebelum bangun, bukan dlm keadaan bangun menungging.
    – Sekiranya menghadapi kesulitan utk bangun, gunalah tgn kanan utk membantu kita bangun atau kedua tangan.
  • Tahiyyat
    – Mengangkat telunjuk pada semasa membaca “laa ilaa ha ILLALLAH”
    – Jari telunjuk itu jangan diturunkan sehingga memberi salam.
  • Salam – tidak perlu ditundukkan muka sebelum memberi salam. Menoleh sejauh mungkin sehingga 180 darjah ke belakang kerana malaikat ramai di sekeliling kita. Begitu juga ketika menoleh ke kiri. Tidak salah jika bahu dialihkan
    sedikit bagi membolehkan kita menoleh sehingga 180 darjah. Semasa menoleh ke kanan, alihkan sedikit bahu kiri dan sebaliknya.
  • Berdoa Sesudah Solat 
    – Seelok-eloknya duduk ialah dengan melapikkan papan punggung dgn kedua kaki.
    – Tangan diangkat separas dada dan berdoalah dalam keadaan tunduk sedikit kerana sekiranya kita berdoa dengan tangan yg tinggi dan mendongak ke langit, itu melambangkan sifat bongkak. Ingatlah, kita sedang menghadap yg Esa.

 Kain yg digunakan untuk solat juga perlu menepati ciri 

  •  Tidak jarang.

Kebiasaanya kain telekung masa kini adalah jarang. Sekiranya kita memakai kain yg jarang dan dapat dilihat tengkuk dan warna kulit, maka solat kita tidak sah. Seeloknya carilah kain telekung yg tidak jarang (antara caranya ialah dgn menggunakan lapis kain ataupun, pakailah anak telekung atau tudung labuh di dalam dan pastikan sewaktu di rumah, apabila kita solat cuma dgn berbaju sleeveless di dlm telekung, pastikan bahu dan tangan tidak kelihatan warna kulit jika diamati dari luar telekung.

  • Kadang-Kadang Sewaktu Musafir,

Ada muslimah yg malas membawa kain solat, sekadar membawa telekung sahaja . Apabila tiba waktu solat, cuma kain di badan sahaja digunakan dan bagi menutupi kaki, kita memakai stokin. Cara ini memang tidak salah, tapi pastikan stokin yg dipakai tidak jarang. Ingatlah sewaktu kita sujud, kain stokin itu akan menegang (stretch) dan manalah tahu, terdedah aurat kita ketika itu lalu tidak sahlah solat. Sebaiknya pakai stokin yg tebal. Pilih stokin yg lazim dipakai ketika bersukan ataupun jika tiada, pakai 2 lapis.

  • Ada Kain Telekung Yang Indah Bersulam Dan Berkerawang,

Ada yg berlubang2 sehingga di belakang telekung. Adakalanya, bagi mereka yg rambut panjang, jika tidak ditutup betul2 dgn serkup/anak telekung, rambut2 ini akan terkeluar2 di celah2 kerawang telekung. Oleh itu, berhati-hatilah.

Sama-samalah kita berusaha memperbaiki solat kita kerana ia adalah tiang agama. Pertama sekali yg akan dihisab di akhirat kelak ialah solat kita. Solat yg baik akan melahirkan peribadi yg baik. Inilah sebahagian persediaan kita utk akhirat, jadi biarlah berbaloi. Jangan pula nanti kita dihisab pula kerana solat yg tak sempurna. Biar susah sekarang, jgn susah di Alam Baqa’.

Sekian saja yg dapat saya kongsi bersama. Sekira2 ada salah dan silap, harap dimaafkan. Segala yg baik itu datang dari Allah s.w.t. dan yg buruk itu dari saya. Wassalam.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

Petua Elak Kucing Berak Merata-rata dan Cara Hilangkan Bau Tahi Kucing
Petua

Petua Elak Kucing Berak Merata-rata dan Cara Hilangkan Bau Tahi Kucing

0
Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan
Bantuan Kerajaan

Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan

0
Ramai Tak Lulus STR Ini Sebabnya
Bantuan Kerajaan

Ramai Tak Lulus STR Ini Sebabnya – Semak & Mohon

0
"Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik" Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .
Isu Semasa

“Suami Dah Bawa Motor Sehabis Baik” Rider Terduduk Balik Rumah , Tenung Sebiji Kek Pelanggan Reject. Duit Terbang Bayar Refund .

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • FSA2 : Pengeluaran Fasa 1 KWSP Kini Dibenarkan Pada Oktober 2023
  • Petua Elak Kucing Berak Merata-rata dan Cara Hilangkan Bau Tahi Kucing
  • Ini Adalah Senarai Penerima RM900 – RM1,200 : Semak Kelayakan Anda Sekarang!!
  • Bantuan e-Tunai RM100 untuk semua rakyat Malaysia dibayar bulan ini: Senarai penuh penerima
  • Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori : Semak Sekarang
  • Kategori Penerima Fasa 4 : Bayaran Berjumlah RM300 dan RM500 – Semak Sekarang
  • SARA : Bantuan RM600 Dimasukkan Dalam MyKad Penerima STR
  • Bantuan Kewangan RM2,700 One-Off Untuk B40 Berkelyakan : Semak Syarat Dan Cara Memohon
  • Terkini : Pengeluaran KWSP Sehingga RM50,000 Kini Dibenarkan Oleh Kerajaan – Semak Sekarang
  • Tarikh STR Fasa 4 Telah Diumumkan
  • Jadual & Tarikh Bayaran STR Fasa 4 Dikreditkan Mengikut Bank
  • Bantuan Khas E-Tunai : Kredit RM100 Percuma Untuk Rakyat B40 & Rakyat M40
  • RASMI : E – Pengeluaran KWSP Dibenarkan Melalui Akaun 1 & 2 – Semak Sekarang
  • TERKINI : Bantuan Tunai RM300 Akan Dikreditkan Pada Minggu Ini – Semak Senarai Penuh Yang Layak
  • MyLesen : Permohonan Bantuan Lesen Percuma Pada Tahun Ini : Semak Sekarang!

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×