Semakan Nombor Ahli KWSP Secara Online Untuk Pengeluaran Khas KWSP

Dalam artikel ini kami akan kongsikan panduan cara semak nombor kwsp secara online hanya menggunakan nombor IC sahaja.

Join Group Whataspp

Semakan Nombor KWSP

Bagaimana untuk menyemak nombor keahlian KWSP?

Nombor ahli KWSP ini penting untuk ahli membuat permohonan berkaitan urusan KWSP seperti baki akaun, semakan caruman majikan atau lain-lain urusan kewangan seperti membuat pinjaman atau pengeluaran KWSP fasa 1.

Di sini kami kongsikan langkah-langkah untuk menyemak nombor keahlian KWSP secara online atau manual.

Baca juga mengenai jenis pengeluaran KWSP yang dibenarkan pengeluaran.

semak kwsp pengeluaran khas

Kumpulan Simpanan Wang Pekerja

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) ialah tabung simpanan persaraan untuk tenaga kerja Malaysia selaras dengan Akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja 1991.

KWSP ditubuhkan pada 1951 dan kekal relevan sehingga kini. KWSP kekal komited untuk menyediakan perkhidmatan yang luar biasa untuk memastikan persaraan yang lebih baik dengan melindungi dan mengembangkan simpanan persaraan anda.

Cara Semakan Nombor Ahli KWSP

Terdapat beberapa cara untuk menyemak nombor keahlian KWSP, berikut adalah caranya :

1. Semak nombor KWSP secara online

Untuk menggunakan IC untuk pemeriksaan KWSP, anda perlu terlebih dahulu mendaftar dengan i-Akaun yang disediakan oleh KWSP.

Dengan mendaftar untuk i-Akaun, ahli boleh mengakses akaun KWSP di rumah atau pejabat dan menyemak nombor keahlian, menyemak baki akaun 1 dan akaun 2 KWSP, atau perkara lain.

Untuk makluman, jika anda merupakan pengguna kali pertama i-Akaun, anda perlu mendapatkan ID pengguna dan kata laluan terlebih dahulu.

Tetapi perlu diingat bahawa perkhidmatan kaunter di cawangan KWSP memerlukan temu janji dalam talian terlebih dahulu.

Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 6 petang untuk mendapatkan kata laluan sementara.

Menggunakan kata laluan ini, anda boleh mendaftar i-Akaun dalam mod paparan untuk melihat baki KWSP dan nombor keahlian anda.

Semak-KWSP-Melalui-IC

2. Semak nombor KWSP di Kiosk

Nombor KWSP ahli boleh disemak melalui kiosk KWSP dengan cap jari.

Ahli boleh mengakses mana-mana Kiosk KWSP untuk mendapatkan ID pengguna dan kata laluan sementara melalui SMS.

Selepas itu, anda boleh mendaftar untuk i-Akaun dan terus menggunakan kemudahan KWSP sepenuhnya dalam talian.

i-Akaun-KWSP

3. Semak nombor KWSP melalui telefon

Dengan perkhidmatan telefon, anda boleh mencari nombor keahlian anda.

Tel: 03-8922 6000

Waktu Operasi: Isnin-Jumaat 8am-5pm
(Kecuali Sabtu, Ahad, Cuti Umum Persekutuan dan Cuti Selangor)

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai perkhidmatan KWSP dan cawangan yang dibuka semasa PKP, sila layari laman web KWSP di pautan berikut: https://www.kwsp.gov.my/ms/reach-us/offices-kiosks

Jom Bantu Share Artikel Ini
×