[Panduan] Cara Mohon Bantuan RM800 Untuk ndividu Yang Belum Bekerja Tahun 2022 | Panduan Penuh | Syarat Kelayakan | DigitalMukmin

Untuk informasi anda, program yang diberi nama sebagai PERANTISAN merupakan sebuah program terbuka untuk golongan belia yang belum bekerja untuk melakukan permohonan Program Perantisan PERKESO yang telah dilaksanakan di bawah PEMERKASA.

 

Setelah menerima maklum balas daripada pihak industri, program ini telah ditambah baik yang mana program ini akan menjanjikan sesuatu yang jauh lebih baik berbanding sebelum ini. Ikuti maklumat lanjut mengenai program dan bantuan yang telah pasukan DigitalMukmin sediakan di bawah ini.

 


JUMLAH BANTUAN & TARIKH PERMOHONAN

 

1. Program Perantisan Asal (PenjanaKerjaya 2.0)

  • Tempoh Latihan : 3 bulan
  • Jumlah Insentif : RM1,000

2. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Permohonan Baru)

  • Tempoh Latihan : 6 bulan
  • Jumlah Insentif : RM800

3. Program Perantisan PERKESO PEMERKASA (Lanjutan daripada Perantisan Asal)

  • Tempoh Latihan : 3 bulan + 3 bulan lanjutan
  • Jumlah Insentif : RM1,000 (3 bulan pertama), RM600 (3 bulan lanjutan)

 


SYARAT KELAYAKAN

 

  • Pihak majikan yang mengambil perantis di bawah Penjana Kerjaya layak untuk memohon untuk para pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  • Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  • Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.

 


CARA MEMOHON

 

Berikut adalah merupakan cara untuk melakukan permohonan bagi bantuan ini:

 


SOALAN LAZIM

 

1. Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?

  • Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

2. Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?

  • Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.

3. Sekiranya perantis tidak dibayar gaji/elaun, kepada siapakah mereka boleh melakukan aduan?

  • Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh melakukan aduan di PERKESO melalui emel [email protected]

Jom Bantu Share Artikel Ini
×