Semakan Status STR Fasa 3 kini dibuka. Menurut portal rasmi MySTR, peruntukan bayaran untuk bantuan STR Fasa 3 akan dikreditkan lebih awal berbanding tarikh yang sebenar.
Untuk makluman, penerima bantuan menggunakan platform institusi Bank Simpanan Nasional (BSN) ini akan menerima bayaran terlebih dahulu, diikuti penerima institusi perbankan lain.
Semakan STR Fasa 3 kini juga dibuka kepada semua untuk membuat semakan.
Baca Juga :
STR Fasa 3
Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) telah menasihatkan bahawa penerima pembayaran Fasa 3 adalah penerima pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 yang telah disemak silang dengan data kematian pemohon dan pasangan pada 28 Februari.
Ini bermakna permohonan baharu dan pembaharuan STR yang bukan penerima Fasa 1 dan Fasa 2 akan menerima bayaran STR Fasa seterusnya selepas pengesahan kelayakan selesai.
Proses Pembayaran
Proses pembayaran untuk bantuan ini akan dikreditkan seperti berikut:
- Ada Akaun – Pengkreditan dilakukan secara berperingkat pada peringkat awal.
- Tiada Akaun – Pengeluaran akan dibuat di cawangan BSN.
Jumlah STR Fasa 3 Pembayaran
Semakan Status STR Fasa 3
Semakan STR Fasa 3 boleh dilakukan sekarang melalui laman web MySTR seperti berikut:
Layari portal rasmi https://bantuantunnai.hasil.gov.my
Sila klik STR untuk log masuk untuk semakan lanjut.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi LHDN berhampiran atau menghubungi Talian BKK LHDN di talian 1-800-88-2747.
Atau boleh layari portal rasmi: https://bantuantunnai.hasil.gov.my/