Tahukah anda, Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan yang menawarkan skim bantuan kebajikan. Untuk makluman, terdapat lebih 10 jenis bantuan kewangan yang boleh dipohon oleh golongan kurang berkemampuan.
JKM telah menawarkan pelbagai jenis bantuan dan secara purata ianya diberikan secara bulanan. Tujuan utama pelaksanaan bantuan dalam skim kebajikan itu adalah untuk membantu meringankan beban kewangan bagi meneruskan kelangsungan hidup penerima.
KADAR BANTUAN KEWANGAN JKM
Untuk pengetahuan umum, kadar bantuan daripada JKM telah ditetapkan dan dibayar setiap bulan. Kadar yang ditawarkan berbeza mengikut kategori bantuan iaitu serendah RM200 sehingga maksimum RM1,000 sebulan.
Di bawah dikongsikan senarai bantuan JKM yang boleh dipohon pada bulan September oleh golongan yang layak dan memerlukan.
SENARAI JENIS BANTUAN KEWANGAN JKM
Berikut adalah senarai bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat yang boleh dipohon bulan ini:
- Faedah Kanak-Kanak (BKK): Minimum RM150 sehingga maksimum RM1,000 sebulan
- Nafkah Anak Angkat (BAP): Minimum RM250 sehingga maksimum RM500 sebulan
- Bantuan Am Persekutuan (BA) : Minimum RM100 sehingga RM350 sebulan
- Bantuan Warga Emas (BWE) : RM500 sebulan
- Bantuan Am Negeri : Kadar bantuan ditetapkan mengikut kerajaan negeri masing-masing
- Elaun pekerja orang kurang upaya (OKU): RM450 sebulan (Seorang)
Bantuan Latihan Perantis (BLP): RM200 sebulan (Seorang)
KELAYAKAN & CARA MENDAFTAR PERMOHONAN
Bagi yang kurang berkemampuan dan memerlukan, permohonan boleh dibuat pada bulan ini. Untuk menyemak kelayakan dan cara mendaftar permohonan, sila layari laman web rasmi JKM eBantuan – KLIK DI SINI
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak inisiatif terutama dalam bentuk bantuan kewangan yang telah dilancarkan oleh kerajaan perpaduan tahun ini bagi meringankan beban rakyat yang terjejas.