Senarai Dokumen Diperlukan Untuk Rayuan BSH 2020 – Kad Pengenalan, Surat Nikah, dan …

Mengikut dapatan umum, masih ramai rakyat Malaysia yang memerlukan Bantuan Sara Hidup gagal mendapatkannya atas beberapa faktor tertentu dan dapatan maklumat terkini yang kurang tepat.

Admin sendiri gagal mendapatkan BSH 2020 yang terkini gara-gara tidak update maklumat diri terkini. Berikut admin DigitalMukmin senaraikan checklist dokumen dan serba sedikit mengenai Rayuan BSH 2020.

Permohonan Rayuan BSH 2020

Seperti dimaklumkan daripada laman web rasmi LHDN, pemohon yang gagal menerima BSH baru-baru ini boleh membuat permohonan rayuan BSH bermula pada 7 Ogos 2020 sehingga 6 September 2020.

Cara Membuat Permohonan Rayuan BSH

Sedikit info ringkas cara membuat permohonan rayuan BSH adalah secara :

  • Jika secara atas talian boleh terus layari pautan ini : https://bsh.hasil.gov.my
  • Terus hadir dan bawa dokumen dibawah ke cawangan LHDN / Pusat Khidmat Hasil (PKH) / UTC yang terdekat dengan anda.

Senarai Dokumen Di Perlukan

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu dibawa bersama untuk permohonan rayuan BSH 2020 anda :

  • Salinan MyKad sendiri
  • Salinan MyKad pasangan
  • Penyata gaji terkini
  • Surat status perkahwinan
  • Surat beranak/mykid anak

Untuk maklumat lebih lanjut cara untuk membuat rayuan BSH 2020,atau jika anda ada sebarang pertanyaan lanjut berkenaan BSH, anda boleh terus hubungi talian berikut:

Kod Tidak Lulus BSH & Dokumen Sokongan Diperlukan

Untuk makluman anda, berikut adalah kod tidak lulus BSH untuk rayuan yang telah disenaraikan oleh LHDN sebagai rujukan dan dokumen sokongan yang perlu dibawa. Semak dalam galeri maklumat di bawah.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×