Sengaja Meninggalkan Solat Fardhu Selama Bertahun? WAJIB Qhada Semula!!!

Kita sebagai Umat islam Diwajibkan mengerjakan solat, ia merupakan sebagai tiang agama. Bukan itu sahaja, solat juga dapat memberi ketenangan jiwa, tidak kira sama ada ketika seseorang itu dalam kesusahan atau dalam kegembiraan.

Solat dari sudut bahasa beerti doa atau memohon kebajikan dan pujian manakala dari sudut syarak pula, solat diertikan “beberapa ucapan dan perbuatan yang dimulai dengan takbir disudahi dengan salam, dilakukan dengan keadaan beribadah kepada Allah S.W.T dengan menurut segala syarat yang telah ditentukan.”

Solat diwajibkan kepada seluruh umat islam yang telah baligh, berakal, dan suci daripada hadas kecil dan besar. Namun begitu, ramai di kalangan kita yang pernah tertinggal solat fardhu sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja bahkan ada yang tidak menunaikan solat fardhu sehingga bertahun lamanya

Boleh jadi seseorang itu tertinggal solat atau tidak menunaikan solat fardhu kerana masih jahil agama, lagha, leka dengan dunia, kesibukkan bekerja, malas dan sebagainya tetapi walau apa pun alasan hutang solat fardhu wajib diganti kerana hukum meninggalkan solat fardhu adalah berdosa besar.

Ayat ini menunjukkan bahawa solat fardhu menjadi kewajipan orang Islam dan mempunyai waktunya yang telah ditetapkan.

Pengarang al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Orang yang meninggalkan kerana mengingkari hukum wajibnya atau sengaja mempersendakannya akan menjadi kafir dan terkeluar daripada agama Islam.

Dalam naskhah tersebut ada menyatakan sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja wajib bertaubat dan sekiranya dia mengingkari, dia akan dihukum bunuh sebagai seorang murtad dan mayatnya tidak boleh dimandikan, dikafankan, disembahyangkan serta dikebumikan di tanah perkuburan orang Islam kerana dia bukan lagi di kalangan mereka. Sementara itu, sekiranya dia telah berubah ke arah yang lebih baik dan ingin kembali ke pangkal jalan, dia wajib mengqadha semula kesemua solat fardhu yang telah ditinggalkannya sejak akil baligh.

Sengaja Meninggalkan Solat Fardhu Selama Bertahun? WAJIB Qhada Semula!!!

Cara qadha solat fardhu yang sudah lama ditinggalkan

Bagi mereka yang ingin ganti atau qadha solat fardhu yang sudah bertahun lamanya ditinggalkan boleh melakukannya dengan menunaikan qadha solat fardhu bermula dari sekarang semampu yang mungkin walaupun secara beransur-ansur sehingga selesai di samping perlu bertaubat kepada Allah SWT. Mereka hendaklah menghitung solat yang ditinggalkan dengan ghalib zan atau yakin supaya dapat diqadhakan semua solat yang pernah ditinggalkan.

Tapi bagaimana ingin mengetahui selama mana perlu diganti solat fardhu? Menurut Ustaz Azhar Idrus andai kita telah qadha solat fardhu melebihi solat fardhu yang pernah ditinggalkan, kita akan merasa satu perasaan di dalam hati yang meyakinkan kita bahawa solat qada kita telah cukup. InsyaAllah.

Untuk memudahkan qadha solat fardhu, seseorang itu boleh melakukan solat qadha selepas solat fardhu misalnya selepas melakukan solat fardhu zohor disambung terus dengan solat qadha zohor dan begitulah untuk waktu-waktu solat fardhu yang lain.Solat qadha juga boleh dilakukan 5 waktu solat qadha sekali gus sebelum tidur atau ketika tengah malam semampu yang mungkin

Cara niat Qhada bagi solat lima waktu

  • Solat Subuh : “Sahaja aku solat fardu Subuh dua rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
  • Solat Zuhur : ” Sahaja aku solat fardu Zuhur empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
  • Solat Asar   : ” Sahaja aku solat fardu Asar empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
  • Solat Maghrib : ” Sahaja aku solat fardu Maghrib empat tiga rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”
  • Solat Isyak : ” Sahaja aku solat fardu Isyak empat rakaat qada’ kerana Allah Ta’ala”

Soal jika meninggal sebelum sempat mengqada kesemua solat itu, semuanya bergantung kepada Allah, akan tetapi jika kita telah benar-benar insaf dan niat untuk qada kesemua solat dan telah melakukan solat taubat dengan bersungguh-sungguh dan juga mengikuti segala perintah Allah, in sha Allah akan diampuni dosa-dosanya. Untuk pengetahuan semua, daqa solat fardhu boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja tiada waktu larangan padanya. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua dalam mendapat pengampunan daripada Allah SWT. Wallahualam.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×