10 Tahun Kaji Semua Agama LeIaki Ateis dan Isteri Akhirnya Masuk lsIam Nekad Untuk Mengucap Dua KaIimah Syahadah Tidak dapat dinafikan lagi kehadiran golongan ateis di atas muka Bumi ini. Mereka bukan sahaja tidak mengakui kewujudan Tuhan, malah hanya berpegang kepada logik semata-mata.
Namun bagi Cedric Lim, dia yang dahulunya pernah menjadi seorang anti-agama menemui jalan penyelesaian terhadap segala kekusutan dengan mengambil keputusan untuk memeluk agama IsIam baru-baru ini.
Menerusi Facebook, lelaki yang memilih nama islam sebagai Muhammad Daniel Lim itu berkongsi perjalanan hidup sehingga nekad untuk mengucap dua kaIimah syahadah bersama isterinya, Siti Khairiyah Wang.
Menurut lelaki berasal dari Singapura itu, dia mengambil masa lebih 10 tahun bagi mengkaji dan mempelajari pelbagai agama dan kitab suci namun tidak dapat menerima amalan yang disusun serta dipraktikkan.
“Saya lebih suka hidup dalam penafian bagi mempercayai kewujudan Tuhan dan boleh lakukan tanpa sebarang agama pada ketika itu,” tulisnya.
Mahu dijadikan cerita, dia menyedari bahawa belum membuka dan membaca al-Quran sepanjang proses ‘pencarian’ itu ketika berbincang tentang keagamaan dengan salah seorang rakan Muslimnya.
“Kamu sudah separuh Muslim sekiranya mempercayai tiada Tuhan, kerana Muslim percaya tiada Tuhan selain Allah yang mencipta semua kewujudan.
Dia adalah mutlak, tiada jantina, tiada ibu bapa atau anak dan tiada apa kamu boleh bayangkan kata rakannya itu. Dia mula belajar membaca Al-Quran
Semasa dalam proses pengkajian ,dia berjumpa dengan banyak fakta saintifik, kebanyakkan yang mengarahkan kepada agama islam
Dan akhirnya membuat keputusan dengan hati yang ikhlas ,berkat pengkajian selama 10 tahun itu
Kisah luar biasa ini tular dengan mendapat hampir 10,000 perkongsian dan 19,000 tanda suka di Facebook dimana rata-rata mengucapkan syukur atas petunjuk Allah SWT yang diberikan kepada pasangan tersebut.
Sumber: Cedric Lim via lakarmedia