Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result
Info Bantuan Kerajaan
No Result
View All Result

Skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 : Borang Permohonan

Tekun Mobilepreneur Insentif RM2000 untuk rider & bantuan RM10,000 untuk beli motor baru.

by digitalmukmin
August 12, 2020
in Informasi, Panduan
Reading Time: 4 mins read
0
Skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur 20 Borang cara Permohonan

Skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur | Baru – baru ini terdapat satu lagi inisiatif terbaru yang diwujudkan oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi yang berbentuk pembiayaan modal kepada usahawan perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal iaitu Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur. DigitalMukmin akan kongsikan kepada anda lebih lanjut mengenai skim ini bagi rujukan anda.

PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC

Skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur

Skim pembiayaan Tekun Mobilepreneur 2.0 : Borang Permohonan 1

Untuk makluman anda, matlamat utama kewujudan skim pembiayaan ini adalah bagi memberi peluang perniagaan serta menyediakan modal kepada golongan yang telah kehilangan punca pendapatan akibat pendamik Covid-19 dan juga arahan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Pelaksanaan skim pembiayaan ini dilakukan oleh TEKUN Nasional selaku agensi di bawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur terbahagi kepada dua iaitu TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan TEKUN Mobilepreneur 2.0. TEKUN Mobilepreneur 1.0 merupakan skim pembiayaan baik pulih motosikal serta modal pusingan dengan had pembiayaan adalah sehingga RM2,000 manakala TEKUN Mobilepreneur 2.0 pula adalah pembiayaan pembelian motosikal dan modal pusingan dengan had pembiayaan yang akan diberikan adalah sehingga RM10,000.

Baca Juga : Cara Memohon Jawatan Polis e-Pengambilan

Tempoh pembayaran balik pembiayaan yang ditetapkan bagi TEKUN Mobilepreneur 1.0 adalah 1 tahun dan 6 bulan penangguhan manakala bagi TEKUN Mobilepreneur 2.0 pula adalah sehingga 3 tahun. Tempoh pelaksanaan skim pembiayaan ini adalah sehingga September 2020 atau peruntukan dana digunakan sepenuhnya.

Syarat Kelayakan

Dibawah ini disenaraikan syarat kelayakan bagi membuat permohonan Skim Pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0 dan 2.0 :

  • Warganegara Malaysia (Bumiputera atau India)
  • Berumur 18 hingga 60 tahun (tempoh pembiayaan tamat sehingga 65 tahun).
  • Pemohon bukan seorang yang muflis.
  • Pemohon perlu mempunyai lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
  • Pemohon telah dilantik dengan sah daripada syarikat e-Hailing yang berdaftar.
  • Pemohon perlu mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
  • Pemohon terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan.
  • Pemohon perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan.
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

skim-pembiayaan-tekun-mobilepreneur 20 cara permohonan

Cara Memohon TEKUN Mobilepreneur

Jika anda telah telah melepasi syarat – syarat kelayakan seperti diatas, anda boleh merujuk langkah – langkah membuat permohonan seperti dibawah :

  • Layari laman web https://www.tekun.gov.my/ms/inisiatif-tekun-covid19/borang-permohonan-mobilepreneur/
  • Muat turun borang-borang berikut:
    i) Borang JPP01 – Senarai Semak
    ii) Borang JPP 02 – Borang Permohonan Pembiayaan TEKUN
    iii) Borang JPP 11 – Borang Penama
    iv) JPP Borang 17 – Kebenaran Penzahiran Maklumat Kredit Individu
    v) JPP Borang 25 – Borang Permohonan Pembiayaan CBRM (Usahawan TEKUN Sedia Ada)
  • Lengkapkan borang beserta dokumen yang diperlukan.
  • Hantar borang yang lengkap diisi kepada bpuinfoline@tekun.gov.my atau hantar sendiri ke Ibu Pejabat TEKUN Nasional.

dokumen yang diperlukan skim-pembiayaan-tekun-mobilepreneur 20 cara permohonan

Selain itu, anda juga boleh memohon secara atas talian dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  • Layari laman web https://mobilepreneur.tekun.gov.my/.
  • Klik bahagian “Daftar Akaun Anda Sekarang.”
  • Isikan maklumat yang diperlukan.
  • Klik butang “Daftar Akaun.”
  • Buka emel dan tekan link bahagian pengesahan pendaftaran.
  • Masukkan alamat emel dan kata laluan yang didaftarkan.
  • Isi maklumat permohonan yang diperlukan.
  • Dokumen Yang Diperlukan
  • Borang permohonan mestilah disertakan dengan dokumen yang diperlukan iaitu:
    • Borang permohonan pembiayaan (JPP02/JPP25/JPP17).
    • Gambar pemohon berukuran passport.
    • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika berkaitan) iaitu muka hadapan dan belakang.Salinan lesen memandu B1 atau B2 yang sah.
    • Sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah–bagi permohonan membeli motosikal.
    • Salinan geran motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    • Salinan cukai jalan motosikal yang sah–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    • Gambar pemohon bersama motosikal (perlu nampak nombor pendaftaran motosikal)–bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan.
    • Surat sokongan syarikat e-Hailing/bukti pendaftaran bersama syarikat e-Hailing.
    • Salinan buku bank simpanan/penyata bank pemohon (muka pertama dan transaksi terakhir).
    • Salinan salah satu bil utiliti (elektrik/air/telefon).
    • Peta lokasi rumah dari Pejabat Cawangan TEKUN yang berdekatan.

TEKUN Mobilepreneur 20

Soalan Lazim Mengenai TEKUN Mobilepreneur

  1. Berapa lamakah proses pembiayaan TEKUN Mobilepreneur?
    – Tempoh proses pembiayaan dilakukan dalam jangka masa 7 hari bekerja.
  2. Berapakah yuran proses TEKUN Mobilepreneur akan dikenakan?
    -Yuran proses sebanyak RM30 akan dikenakan kepada para pemohon yang membuat permohonan.
  3. Berapakah kadar keuntungan TEKUN Mobilepreneur?
    -Tiada kadar keuntungan dikenakan (0%),
  4. Adakah Usahawan TEKUN sedia ada adalah layak untuk memohon TEKUN Mobilepreneur 2.0?
    -Usahawan TEKUN sedia ada adalah layak untuk memohon TEKUN Mobilepreneur 2.0 mengikut syarat seperti berikut:

-Usahawan sedia ada yang mempunyai rekod bayaran tunggakkan kurang daripada 6 bulan.

-Usahawan yang telah membuat penjadualan semula dan

tidak mempunyai rekod tunggakan.

-Had kelulusan pembiayaan yang dibenarkan tidak melebihi RM100,000. Penilaian berdasarkan jumlah baki pokok dan caj (kecuali pembiayaan Kontrak-i hanya mengambil kira baki pokok sahaja).

-Peserta yang telah mendapat pembiayaan TEKUN Mobilepreneur 1.0, layak membuat permohonan TEKUN Mobilepreneur 2.0 untuk tujuan membeli motosikal dengan syarat jumlah pembiayaan maksimum sehingga RM10,000 melalui pembiayaan bertindih (overlapping loan).

Usahawan yang telah mendapat pembiayaan di bawah Program Covid Business Recovery – Micro (CBRM), adalah tidak layak membuat permohonan TEKUN Mobilepreneur 2.0.

Maklumat Lanjut

Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai skim ini, anda boleh terusmelayari laman web TEKUN Nasional di https://www.tekun.gov.my. Selain itu, pemohon juga boleh hadir ke ibu pejabat TEKUN Nasional di alamat:

Menara TEKUN,
T5-01-01 Maju Link,
Jalan Lingkaran Tengah 2, Bandar Tasik Selatan,
57000 Kuala Lumpur

Semoga dengan perkongsian ini dapatlah membantu anda yang telah kehilangan pekerjaan untuk mula mencari pendapatan semula dan semoga pendamik covid19 ini hilang dari Malaysia dan dunia.

Sumber : Tekun Nasional Facebook Page

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Source: Tekun Nasional
Via: Tekun Nasional Facebook Page
Channel Telegram info bantuan kerajaan

Related Posts

Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya
Panduan

Baju Bau Kepam & Ada Kerak Hitam Tanda Mesin Basuh Kena Cuci. Ini Caranya

0
Bayaran RM150 Ini Akan Dikreditkan Petang Ini
Bantuan Kerajaan

Bayaran RM150 Ini Akan Dikreditkan Petang Ini

0
Campur Bahan Ini Waktu Bersyampu, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur, Gatal & Kelumumur
Petua

Campur Bahan Ini Waktu Bersyampu, Petua Berkesan Atasi Rambut Gugur, Gatal & Kelumumur

0
Bantuan Warga Emas RM500 Telah Dikreditkan Hari Ini Mohon Sini
Bantuan Kerajaan

Bantuan Warga Emas RM500 Telah Dikreditkan Hari Ini – Mohon Sini!

0
No Result
View All Result

Recent Posts

  • TERKINI : Senarai Penerima Bantuan Kewangan RM1500 Dibayara Pada Bulan Ini – Semak Sekarang
  • Pengeluaran KWSP RM10,000 Kini Dibenarkan Oleh Kerajaan – Semak Sekarang
  • MySTR Fasa Keempat : Akan Diberikan Lebih Awal Kepada Rakyat
  • Bantuan SARA 2023 – Semakan Status & Tarikh Bayaran RM600
  • Bantuan Suri Rumah RM480 Telah Mula Dikreditkan Hari Ini
  • Tarikh Pemabayaran Gaji September 2023 Penjawat Awam ( Semak Sini )
  • Senarai Kategori Penerima Bantuan Sebanyak RM 900 Dan RM 1200 : Semak Kelayakan Sekarang
  • TERKINI : Bantuan RM500 Sebulan Untuk Warga Emas (BWE) – JKM
  • Bantuan Lesen Motor Dan Kereta Percuma Untuk Rakyat Malaysia : Mohon Sekarang
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • Semakan Status Jadual Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 Mengikut Bank
  • STR Tambahan : Bayaran RM600 Kini Telah Dikreditkan Berperingkat – Semak Kelayakan Anda
  • TERKINI : CEO KWSP Benarkan Pengeluaran KWSP Melalui Akaun 1 & 2
  • MySTR : Semakan Kadar Bayaran Fasa Ke 4 Mengikut Kategori
  • E-Dompet : Bantuan Istimewa E-Tunai RM100 Untuk M40 & B40 – Mohon Sekarang

Categories

  • Agama
  • Bantuan Kerajaan
  • Informasi
  • Isu Semasa
  • Jawatan Kosong Kerajaan
  • KWSP
  • Panduan
  • Pelik Tapi Benar
  • Petua
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Uncategorized
  • Ustaz Azhar Idrus Ustazazhar.net
No Result
View All Result
  • (BKM) Tambahan RM500 Bagi Yang Layak ~ Semak Sini Segera !
  • KWSP – Pengeluran Khas Sempena AidilAdha RM10,000 Sehingga RM30,000
  • Privacy Policy

Copyright © 2023 DigitalMukmin.

×