SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM) | Anda mempunyai anak ditahap prasekolah? Digital Mukmin akan kongsikan mengenai sistem SMPK.
Pada masa sekarang, pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah banyak menyediakan sistem atas talian (online) bagi memudahkan pengguna seperti guru, ibu bapa serta pelajar.
Terbaharu, sistem prasekolah secara atas talian (online) diwujudkan supaya pendidikan prasekolah boleh diuruskan dan dikawal dengan sistematik dan teratur.
APA ITU SMPK ?
Secara ringkasnya sistem maklumat prasekolah kebangsaan adalah untuk menyelaraskan prasekolah di Malaysia samada yang disediakan oleh kerajaan mahupun daripada pihak swasta. Semuanya digalakkan membuat pendaftaran dengan sistem ini.
Hal ini demikian, melalui cara ini akan membolehkan semua prasekolah di Malaysia mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dan menjaga keselamatan serta keperluan anak anak yang belajar di setiap praskeolah kerajaan atau prasekolah swasta.
Di samping itu, sistem ini merupakan pangkalan data terbesar mengumpul maklumat bagi murid murid prasekolah samada di kemas atau swasta untuk tahun sebelumnya, tahun semasa, dan tahun yang akan datang.
BAGAIMANA CARA LOGMASUK SMPK PRASEKOLAH
1) Anda boleh logmasuk sistem smpk prasekolah dengan ID dan password yang anda peroleh sebelum ini untuk akses ke pautan ini :
- KLIK SINI : https://smpk.moe.gov.my/
2) Sila kemaskini maklumat bagi prasekolah anda. Jikalau anda adalah guru prasekolah kerajaan sila kemaskini maklumat kemas, jika anda merupakan pemilik tadika swasta, sila kemaskini maklumat institusi anda