Solat Istikharah – Cara & Doa Lengkap (JAKIM) | Digital Mukmin akan kongsikan mengenai solat istikharah sebagai rujukan anda semua
CARA SOLAT ISTIKHARAH
Adakah anda sudah jatuh cinta dengan dua orang lelaki yang berlainan? Tetapi tidak tahu lelaki mana yang ingin dipilih. Atau anda mendapat dua tawaran pekerjaan tapi tidak tahu mana yang terbaik. Salah satu jalan penyelesaiannya adalah dengan melakukan solat istikharah.
APA ITU SOLAT ISTIKHARAH?
Solat istikharah adalah solat sunat yang dilakukan untuk mengetahuai penentuan dan memohon diberikan petunjuk agar mendapat keputusan yang berbaik. Istikharah selalunya dilakukan apabila terjadinya ketidakpastian dalam melaksanakan sesuatu perkara. Semoga apabila dilakukan solat sunat ini, Allah menunjukkan petanda-Nya, kalau baik natijahnya, diteruskan dan kalau tidak baik, tidak akan dilaksanakan.
Untuk memuat turun sebahagian dari cara solat istikharah dalam bentuk PDF yang lengkap dari Unisza, klik sini.
CARA CARA SOLAT ISTIKHARAH
DOA SOLAT ISTIKHARAH
“Ya Allah, aku memohon agar Engkau memilihkan mana yang baik pada ilmu Engkau Ya Allah. Aku memohon agar Engkau memberikan kepastikan melalui ketentuanMu dan aku memohon limpahan Engkau Yang Maha Agung, kerana sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa, walhal aku tidak tahu dan Engkaulah Yang Amat Maha Mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi. Ya Allah, jika persoalan ini… (nyatakan persoalan anda itu di sini)… baik bagiku, baik bagi agamaku, dan baik bagi hidupku, maka mudahkanlah ia bagiku, kemudian berikanlah keberkatan di dalamnya untukku. Ya Allah, jika sesungguhnya persoalan ini… (Nyatakan persoalan anda itu di sini)… tidak baik bagiku, tidak baik bagi agamaku dan tidak baik bagi hidupku, jugak tidak baik akibatnya bagiku, maka jauhkanlah hal ini daripadaku, dan jauhkanlah aku daripada hal tersebut. Takdirkanlah aku dengan kebaikan di mana sahaja aku berada, kemudian jadikanlah aku orang yang redha atas anugerah-Mu.”
Sumber: Panduan Mengerjakan Solat Sunat & Surah Yasin dan Amalan Pilihan, Unisza