SPLKPM Login Modul Individu – KPM

SPLKPM Login Modul Invidu – KPM  | Digital Mukmin akan kongsikan mengenai cara logmasuk ke sistem SPLKPM untuk rujukan anda.

Sistem Pengurusan Latihan Kementerian Pendidikan Malaysia atau lebih dikenali dengan SPLKPM adalah laman web yang sangat penting untuk guru. Laman web ini diwujudkan bagi memudahkan serta melancarkan proses pengurusan kursus, latihan, bengkel dan seminar yang disertai oleh guru.

Apabila guru melogmasuk laman web ini, guru dapat melihat senarai kursus yang telah disertai. Namun begitu, senarai kursus tersebut perlu dikemaskini oleh pengajur kursus atau Setiausaha Ladap. Oleh itu, anda boleh melihat jumlah kursus yang telah disertai oleh anda sama ada sudah cukup mahuoun belum. Untuk makluman, kursus atas talian seperti Kursus BOSOT juga dikira, bukan sahaja kursus di bengkel.

CARA LOGMASUK SPLKPM MODUL INDIVIDU

Log Masuk di: https://splkpm.moe.gov.my/
(Pilih modul individu)

Masukkan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan

Selepas berjaya log masuk, anda akan dapat melihat paparan menu-menu berikut

  • Pengenalan

Pengurusan SPLKPM
Senarai Kursus Tawar
Kemaskini Permohonan Kursus

  • Latihan dan Sesi Pembelajaran

Senarai LDP Dihadiri/ Daftar KKL
Senarai Bimbingan & Pementoran
Senarai PLC

  • Pembelajaran Kendiri/ Aktiviti lain PPB
  • Perekodan Latihan Lain
  • Analisis dan Pelaporan
  • Utiliti Pengguna
  • E-Profil
  • Cv Curriculum Vitae

Training Needs Analysis (TNA)
Ini pula adalah soal selidik keperluan kursus yang anda harus hadiri.

Bagaimanakah jika kita ingin mengetahui jumlah kursus yang telah anda hadiri pada tahun ini?

Anda perlu pergi ke menu Analisis dan Pelaporan, klik pada pelaporan, dan akan dipaparkan jumlah hari yang telah anda hadiri pada tahun ini.

Kursus yang disenaraikan dalam SPLKPM adalah yang telah di daftarkan oleh SU LDP sekolah anda. Jika ada kursus yang anda hadiri namun tidak didaftarkan, anda boleh terus rujuk kepada beliau. Kursus yang kita buat secara atas talian juga turut dimasukkan seperti Kursus BOSOT. Perkara ini telah tertulis di dalam Pekeliling Bil. 4 2014 dimana kehadiran Kursus hendaklah direkodkan di dalam Sistem Pengurusan Latihan (SPL)

Walaupun pihak JPA telah menangguhkan kewajiban Kursus 7 hari Setahun, tetapi di peringkat KPM masih meneruskan pelaksaannya sepertimana yang dinyatakan di dalam surat siaran: Surat Siaran Pengurusan Latihan KPM

Para guru tidak perlu bimbang, risau tidak capai 7 Hari, kerana banyak sebenarnya yang kita boleh masukkan di dalam sistem, secara ringkasnya ia terbahagi kepada 3 jenis:

  • Latihan Bersemuka/ Konvensional

Contoh: Kursus, seminar, konvensyen, bengkel, forum, lawatan sambil belajar, simposium, klinik kaunseling.

  • Pembelajaran Kendiri

Contoh: Penggunaan Portal E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA), BOSOT, membaca buku-buku ilmiah, Pembacaan Jurnal Ilmiah, kajian ilmiah secara fizikal atau maya.

  • Sesi Pembelajaran

Contoh: Sesi perkongsian ilmu, Ucapan, Ceramah, Forum, Perbentangan Kertas Kerja Program Executive Talk, Perhimpunan Bulanan, Program Sambutan, , Sesi Perbincangan, PLC, Menyampaikan Ceramah.

 

BAGAIMANA SEKIRANYA TERLUPA KATA LALUAN?

Jika anda terlupa kata laluan anda, terdapat satu cara lain iaitu dengan menglog masuk menggunakan Single Sign On (SSO) KPM atau anda boleh sahaja menekan “Lupa Kata Laluan” dan terus maklumkan kepada SULDP sekolah anda bagi tindakan selanjutnya.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.