SPPAT LPM Login (KPM) | Digital Mukmin akan kongsikan cara untuk mengakses laman web SPPAT LPM untuk rujukan anda.
Teringat masa dahulu, pada hari keputusan peperiksaan besar seperti UPSR, PMR atau SPM pasti akan mendebarkan, tambahan pula semasa dalam perjalanan ke sekolah. Semakin hampir di kawasan sekolah semakin kencang degupan jantung.
Namun dengan kemajuan teknologi maklumat pada masa kini, anda boleh membuat semakan keputusan peperiksaan besar hanya melalui atas talian (online). Laman web tersebut diwujudkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia iaitu Sistem Pengurusan Peperiksaan Atas Talian (SPPAT LPM)
PAUTAN SEMAKAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DI SPPAT LPM
PERKARA | PAUTANNYA |
Semakan keputusan peperiksaan | KLIK SINI |
Untuk makluman, Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengaktifkan laman web tersebut bila mulanya keputusan peperiksaan tersebut dikeluarkan.
Cara untuk melakukan semakan keputusan peperiksaan sekolah pula adalah melalui SAPS NKRA.
CARA SEMAKAN
- Masukkan no kad pengenalan (IC) dan nombor angka giliran anda yang sah dan betul.
- Selepas itu akan terpapar keputusan peperiksaan mengikut peperiksaan yang anda ambil ketika itu samada SPM, PT3 dan UPSR secara online (atas talian).
Walaubagaimanapun keputusan yang dipaparkan adalah secara ringkas sahaja. Anda masih perlu pergi ke sekolah atau JPN untuk ambil salinan slip peperiksaan.