Semua orang tahu bahawa STR Fasa 4 akan mula dikreditkan pada November tahun ini. Namun, jika kita lihat pembayaran pada fasa sebelumnya, bantuan diberikan lebih awal daripada yang dijadualkan.
Besar kemungkinan STR Fasa 4 juga akan diberikan awal demi membantu meringankan beban rakyat berikutan keadaan ekonomi semasa.
Disini kami kongsikan jumlah bayaran yang akan diterima mengikut kategori bersama-sama penerima yang baru memohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
STR Fasa 4 Jumlah Bayaran
Di bawah dikongsikan jumlah pembayaran STR Fasa 4 mengikut kategori dan pemohon STR baharu:
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
- Tiada Anak RM200
- 1 – 2 Kanak-kanak RM600
- 3 – 4 Anak RM900
- > 5 Anak RM1200
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak RM0
- 1 – 2 Kanak-kanak RM0
- 3 – 4 Anak RM300
- > 5 Anak RM500
Warga Emas (60 Tahun dan Ke Atas) RM200
- Perseorangan 21 – 59 Tahun RM0
- Bujang Kurang Upaya (19 – 59 Tahun) RM0
Manakala bagi yang lulus rayuan STR Fasa 3 dan bukan penerima Fasa 1 & 2, bayaran STR Fasa 4 yang akan diterima adalah seperti berikut:
Pendapatan Isi Rumah RM2,500 dan Ke Bawah:
- Tiada Anak RM400
- 1 – 2 Kanak-kanak RM600
- 3 – 4 Anak RM900
- > 5 Anak RM1,200
Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
Tiada Anak RM200
- 1 – 2 Kanak-kanak RM300
- 3 – 4 Anak RM400
- > 5 Anak RM500
Warga Emas (60 Tahun ke atas) RM300
- Bujang 21 – 59 Tahun RM200
- Bujang Kurang Upaya (19 – 59 Tahun) RM200
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
Pembayaran STR Fasa 3 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
Seperti sebelum ini, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak
Makala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
Apakah itu STR Tambahan RM600 Atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA)?
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) merupakan inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.
Hanya isi rumah di bawah golongan miskin tegar dan tersenarai dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak menerima STR Tambahan ini.
Bayaran RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar barangan makanan asas.