STR: Fasa 4 bantuan tunai akan mula dikreditkan secara berperingkat pada bulan ini iaitu November 2023. Seperti sedia maklum, bantuan ini merupakan inisiatif khas yang diberikan kepada majoriti rakyat Malaysia pada tahun ini.
STR : PEMBERIAN FASA 4 AKAN DIKREDITKAN
Untuk makluman umum, bantuan Derma Tunai Rahmah ini telah diperkenalkan pada tahun ini bagi menggantikan bantuan tunai (BKM) pada tahun lalu. Pembayaran STR dilakukan dalam 2 kaedah iaitu penebusan tunai di BSN dan kredit terus ke akaun bank.
Pengagihan fasa pertama hingga fasa ketiga STR telah selesai pada Januari, April dan Jun. Kategori yang terlibat dalam menerima insentif khas STR ialah bujang, isi rumah dan warga emas.
Bulan ini (November) adalah bayaran untuk fasa terakhir yang akan dibayar kepada rakyat. Pengagihan berperingkat dijangka mula dibayar pada pertengahan atau akhir bulan ini.
KADAR PEMBERIAN STR FASA 4 MENGIKUT KATEGORI
Bagi mereka yang terlepas pandang, kerajaan memaklumkan jumlah kadar bayaran bagi STR fasa keempat adalah sehingga RM1,200. Jumlah yang akan diterima adalah mengikut kategori dan bilangan anak tanggungan seperti di bawah.
PENDAPATAN KATEGORI ISI RUMAH (B40) DI BAWAH RM2,500
- Isi rumah tanpa anak – RM200
- Isi rumah dengan anak tanggungan (1-2) – RM600
- Isi rumah dengan anak tanggungan (3-4) – RM900
- Isi rumah dengan anak tanggungan (5 dan ke atas) – RM1,200
- PENDAPATAN ISI ISI RUMAH (M40) DI BAWAH RM5,000
- Isi rumah tanpa anak – RM0
- Isi rumah dengan anak tanggungan (1-2) – RM0
- Isi rumah dengan anak tanggungan (3-4) – RM300
- Isi rumah dengan anak tanggungan (5 dan ke atas) – RM500
- KATEGORI EMAS (60 TAHUN KE ATAS) & BUJANG (21-59 TAHUN)
Warga emas – RM200
Bujang – RM0
SEMAK STATUS PEMBAYARAN STR & PERMOHONAN BARU
Kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah sedia ada, anda boleh menyemak status pembayaran secara online. Sila layari laman web rasmi MySTR – KLIK DI SINI
Bagi bukan penerima STR, berita baik untuk anda kerana permohonan baru mula dibuka bulan ini. Untuk menghantar permohonan dalam talian, anda perlu merujuk kepada laman web rasmi STR yang disediakan di atas.
MAKLUMAT LANJUT
Terdapat lebih banyak kemudahan dan inisiatif terutamanya dalam bentuk bantuan kewangan yang disediakan oleh kerajaan bagi meringankan beban rakyat yang terjejas. Sila lihat senarai geran yang tersedia tahun ini dan siapa yang layak menerimanya – SEMAK DI SINI untuk rujukan.