STR Tambahan Buat Penerima STR pada tahun ini. Kerajaan Madani telah melaksanakan 1 bantuan tambahan sebanyak RM1000 khas kepada penerima STR.
Namun bantuan ini hanya boleh dituntut sekiranya penerima STR ataupun pasangan itu telah meninggal dunia. Nama program bantuan ini adalah Skim Khairat Kematian(SKK) yang dilaksanakan kerjasama antara Lembaga Hasil Dalam Negeri(LHDN) dan juga Bank Simpanan Nasional(BSN).
STR Tambahan RM1000
Untuk tambahan RM1000 buat penerima STR adalah Skim yang diperkenalkan oleh kerajaan iaitu Skim Khairat Kematian. Skim ini merupakan bantuan pengurusan kematian.
Ia merupakan program yang ditawarkan oleh kerajaan untuk membantu rakyat yang mengalami kematian dalam kalangan ahli keluarga. Skim ini boleh dimohon bagi mendapatkan bantuan kewangan untuk menanggung kos pengkebumian.
Siapa Yang Layak?
Mereka yang layak menerima RM1000 tambahan ini adalah waris kepada penerima STR. Menurut data daripada Lembaga Hasil dalam Negeri(LHDN), waris layak menuntut RM1000 dengan syarat penerima STR meninggal dunia dalam tempoh 1 Januari sehingga 31 Disember 2023.
Kategori yang layak menuntut RM1000 tambahan
Sekiranya kedua-dua pemohon dan pasangan telah meninggal dunia atau tidak dapat hadir untuk tuntunt wang SKK/ RM1000 tambahan ini, maka waris yang berdaftar boleh mewakilkan diri untuk buat tuntutan.
Waris yang layak didaftarkan adalah seperti berikut:
- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak (Kandung/Tiri/Angkat)
- Adik-beradik
- Cucu
Tiada had umur kelayakan untuk waris STR. Tetapi, bagi waris yang berumur 17 tahun ke bawah, dokumen pengenalan diri dan pertalian perlu di bawa selain hadir bagi pengesahan cap jari/tandatangan individu di mana-mana kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).
Dokumen Yang Diperlukan
Bagi ahli waris penerima STR, anda perlu sediakan dokumen-dokumen yang berikut bagi membuat tuntutan RM1000 :
- Sijil Kematian Asal / Salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dokumen ini penting untuk mengesahkan kematian ahli dan tarikh kematian.
- Dokumen Pengenalan Diri asal Waris. Dokumen ini perlu untuk mengenal pasti waris yang layak menerima bayaran skim khairat kematian. Dokumen yang boleh digunakan termasuk kad pengenalan, pasport, atau sijil kelahiran.
- Dokumen Sokongan Tambahan (sekiranya perlu). Dokumen ini boleh merangkumi surat kuasa, surat akuan sumpah, atau dokumen lain yang berkaitan dengan status waris atau hubungan dengan ahli yang meninggal dunia.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Maka dengan itu, bantuan tunai B40, M40 & miskin tegar di bawah Kementerian Kewangan telah dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan akan terus ditambah baik.
Jumlah Bayaran Caruman Tunai (STR) Rahmah 2023
Berikut adalah jumlah Sumbangan Tunai (STR) Rahmah 2023:
Penerima STR Fasa 4
Untuk makluman, penerima STR Fasa 4 hanya melibatkan isi rumah dan warga emas sahaja. Untuk bujang tiada bayaran dalam fasa 4. Jumlah bayaran yang diterima dikongsikan di bawah
Pendapatan isi rumah RM2,500 dan ke bawah:
- Tiada anak = RM200
- 1-2 anak = RM600
- 3-4 orang anak = RM900
- > 5 orang anak = RM1200
Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000
- Tiada anak = RM0
1 – 2 anak = RM0
- 3-4 orang anak = RM300
5 orang anak = RM500Warga emas (60 tahun ke atas)
- RM200
Bujang berumur 21-59 tahun
- RM0
Bujang kurang upaya (OKU) (19-59 tahun)
- RM0
Tarikh Pembayaran STR Fasa 4
Sila semak tarikh pembayaran STR FASA 4 di sini.
Seperti pembayaran fasa sebelumnya, bayaran bantuan akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang layak.
Manakala bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank atau status mereka tidak aktif, pembayaran STR akan dibuat secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berhampiran.
Pembayaran STR Fasa 4 akan dibayar secara berperingkat pada NOVEMBER 2023
Semakan Status STR Fasa 4
Semakan status permohonan & log masuk ke MySTR boleh dilakukan di portal rasmi STR https://bantuantunnai.hasil.gov.my/
STR Tambahan atau Sumbangan Asas Kerahiman (SARA)
Bantuan SARa merupakan inisiatif wang tambahan yang diperkenalkan oleh kerajaan semasa pembentangan Bajet 2023.
Bantuan ini diberikan untuk membantu golongan miskin dalam menghadapi kenaikan kos sara hidup.
Hanya isi rumah di bawah golongan miskin tegar dan tersenarai dalam data e-Kasih, Pejabat Persekutuan atau Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Jabatan Perdana Menteri layak menerima STR Tambahan ini.
Bayaran RM600 akan diberikan dalam tempoh enam bulan (RM100 x 6 Bulan) dalam bentuk bakul makanan dan baucar untuk barangan makanan asas.