Selepas hampir sebulan berkahwin, pelakon genit Datin Intan Najuwa sekali lagi berkongsi detik istimewa apabila menerima sesuatu daripada suaminya.
Menerusi perkongsian TikTok Intan, hadiah berupa kuda putih itu diberikan sempena hari lahirnya yang ke-26 pada 18 Ogos lalu yang juga merupakan tarikh perkahwinan mereka.
Dalam pada itu, isteri kepada Datuk Ahmad Azraf Azman itu kelihatan sangat teruja untuk pertama kali bertemu seekor kuda bernama Trulala di dalam kandang sambil ditemani suaminya.
Melawat ruangan maklum balas, rata-rata netizen turut berkongsi rasa teruja dan menyifatkan Intan seorang yang bertuah kerana dikurniakan suami yang penyayang.
Untuk rekod, Intan berkahwin dengan ahli perniagaan itu bulan lalu di Desaru Coast, Johor dan menerima wang hantaran RM222,000.
Walaupun sudah berkahwin dengan lelaki berpangkat Datuk, pelakon Kekasih Paksa Rela itu berkata dia lebih selesa dipanggil Intan kerana gelaran Datin tidak berfaedah.