Surah Yang Perlu Diamalkan Ketika Mengandung.

Surah Yang Perlu Diamalkan Ketika Mengandung | Ibu mengandung seharusnya sentiasa mengamalkan perkara – perkara yang membawa kebaikan kepada bayi yang ada dalam kandungan. Antara beberapa amalan yang boleh dilakukan adalah dengan mengamalkan surah – surah yang baik untuk bayi.

Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda beberapa surah yang perlu diamalkan oleh ibu mengandung. Namun, ini tidak bermakna anda perlu abaikan surah – surah yang lain.

Surah Yang Perlu Diamalkan Ketika Mengandung

1. Surah Al Fatihah – Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2. Surah Yusuf – Untuk memperoleh anak yang cantik rupa serta cantik akhlak

3. Surah Yaasin – Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

4. Surah Luqman – Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

5. Surah Maryam – Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperoleh anak yang sabar dan taat

6. Surah At Taubah – Untuk membersih jiwa dan terpelihata daripada maksiat

7. Surah Hujurat – Untuk memperbanyakkan susu ibu dan anak bersifat berhati – hati

8. Surah An Nahl Ayat 78 – Untuk melahirkan anak yang berdisiplin

 

Semoga dengan perkongsian ini akan memberi manfaat kepada para ibu mengandung. Semoga zuriat yang bakal lahir menjadi seorang insan yang soleh dan solehah.

 


Jom Bantu Share Artikel Ini
×