Setiap pasangan pasti melalui kesusahan masing-masing dan kesusahan itu tak sama antara satu sama lain. Kesusahan dalam perkahwinan ini, lain orang berbeza kisahnya, hanya suami dan isteri saja yang tahu bagaimana kita hadapinya. Tak semua perkara kita perlu kongsi dengan orang luar.
Ikuti perkongsian ini dan hadam baik-baik.
Kesusahan Dalam Perkahwinan Lain Orang Berbeza Kisahnya
“Nak malu apa, kita bukan mengemis mintak duit orang…”
Saya pernah ke satu kedai makan ini, saya tanya kedai itu, nak tukar duit syiling tak? Dia tanya balik, ada banyak ke? Saya kata dalam RM 100 mungkin, tapi saya tak kira lagi… Dia kata boleh, bawa datang…
Saya balik, kemudian saya kira… Dapat dalam RM 75, terus bawa pergi ke kedai itu… Dia bagi duit kertas RM 75… Saya balik, saya letak dalam beg isteri RM 50, dan dalam dompet saya RM 25…
Gaji seminggu lagi…
Masa kira duit syiling, wife tanya, “Duit tak cukup ke? Mahu dia ambil duit simpanan tak?
“Tak apa, sekejap lagi abang tukar duit syiling ini, adalah duit belanja…”
Tak Perlu Malu Susah Dalam Perkahwinan
Daripada anak seorang hinggalah tiga orang anak 3 pernah buat macam itu… Benda tiba-tiba yang tak dijangka macam susu habis, pampers habis, bila tengah bulan kita beli, terus bajet jadi lari… Saya cakap dekat diri sendiri,
“Nak malu apa, aku bukan mengemis minta duit orang, pinjam sana sini, gadai barang kemas bini…”
Tanya kedai hendak duit syiling ke tak saja. Itu pun ada ketika time tanya, orang tengok lain macam. Kadang-kadang ada juga kedai yang tak nak, terpaksa pergi ke kedai lain. Untuk bagi anak bini makan, tak sempat hendak fikir tentang malu. Kalau bergantung harap sepenuhnya pada duit bini, bolehlah nak malu… Ini duit syiling sendiri, hasil tabungan sendiri…
Tabungan Syiling Bantu Waktu Susah
Sampai sekarang saya simpan duit syiling… Nampak banyak saja, kira dan letak tepi… Selepas itu menabung lagi, nanti time sesak, time perlu untuk tukar, baru saya tukar…
Susah dalam alam perkahwinan ini, lain orang, lain kesusahannya. Ada yang sampai kena gadai barang kemas, ada yang sampai pinjam duit kawan, ada yang kena ikat perut tak makan… Tapi, kita suami, isteri tak adalah hendak beritahu semua orang yang kita ini tengah sesak, tengah susah