Kerajaan negeri telah memperkenalkan inisiatif bantuan yang dikenali sebagai kehidupan sejahtera atau Bingkas. Melalui insentif ini, mereka yang berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah layak memohon.
Pemohon yang layak akan diberi insentif khas bernilai RM300 sebulan bersamaan RM3,600 setahun. Kadar bantuan itu boleh digunakan dengan membeli keperluan asas di pasar raya atau kedai runcit berdaftar.
Tujuan utama pelaksanaan program khas ini adalah untuk membantu dan mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu menguruskan hal ehwal keluarga. Dengan adanya insentif tambahan ini, ia dapat meringankan beban mereka untuk mendidik dan membesarkan anak-anak tanggungan dalam keadaan ekonomi yang mencabar sekarang.
KELAYAKAN UNTUK BANTUAN KESEJAHTERAAN
Terdapat beberapa kriteria asas kelayakan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa untuk menyertai program khas ini seperti berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Pendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan
- Kumpulan B40
- Keluarga dengan tanggungan berumur 18 tahun ke bawah
- Pengundi berdaftar di Selangor
- Lahir di Selangor atau telah menetap lebih 10 tahun di negeri Selangor.
Info: Tarikh permohonan Bingkas RM300 sebulan dibuka sepanjang tahun. Mereka yang berkelayakan boleh menghantar permohonan secara dalam talian pada bila-bila masa.
BAGAIMANA UNTUK MENDAFTAR PERMOHONAN UNTUK BANTUAN
Bagi yang memerlukan dan memenuhi syarat yang ditetapkan, permohonan boleh dibuat secara online. Panduan cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman web rasmi Bingkas – DI SINI
Untuk memudahkan semakan borang permohonan, sila pastikan anda menyediakan dokumen penting yang diperlukan. Seperti salinan kad pengenalan pemohon, pasangan, ahli keluarga tanggungan dan yang berkaitan.
Pemohon juga boleh mendaftar permohonan melalui aplikasi Selangkah, yang boleh dimuat turun dari gedung aplikasi telefon pintar.