• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Monday, January 18, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home Panduan

Tanda Awal Kehamilan

by Fyqa Azahar
August 15, 2019
in Panduan
4 min read
0
Tanda Awal Kehamilan
515
SHARES
1.5k
VIEWS
Share on Facebook

Tanda Awal Kehamilan | Adakah anda pasangan yang baru berkahwin dan belum mempunyai pengalaman hamil? disini Digital Mukmin kongsikan tanda awal kehamilan sebagai rujukan anda.

Salah satu tanda awal kehamilan adalah lewat haid atau “missed period”, namun begitu kebanyakkan wanita sangat teruja untuk mengetahui lebih awal.

WAKTU TERBAIK BAGI MEMERIKSA KEHAMILAN

Secara umumnya, alat pengesan kehamilan akan mengesan kehadiran hormon hcG dalam air kencing anda. Kadar sensitiviti adalah berbeza mengikut jenama dan jenisnya.

Apabila membeli alat pengesan kehamilan, anda boleh memeriksa sensitiviti yang berbeza pada paketnya. Ada yang mengesan daripada 10mIU/ml hingga 40 mlU/ml. Lebih rendah nilainya, lebih sensitiflah alat ini. Pregnancy test tersebut boleh digunakan lebih awal untuk mengesan kehamilan. Biasanya, harganya juga sedikit lebih mahal.

Kalau nak diikutkan, waktu terbaik untuk menggunakan alat pengesan kehamilan atau ‘pregnancy test’ adalah sekitar 2-3 hari selepas lewat haid. Namun, terdapat juga alat pengesan kehamilan yang baik dimana ia mampu mengesan kehamilan seawal 5 hari sebelum tarikh jangka haid yang akan datang.

10 TANDA AWAL KEHAMILAN SEBELUM LEWAT HAID

Dibawah ini disenaraikan 10 tanda awal kehamilan yang boleh dijadikan rujukan sebelum tarikh jangkaan haid :

  1. PENDARAHAN DAN RASA ‘CRAMP’

Dalam masa satu atau dua minggu sebelum tarikh kedatangan haid anda, kemungkinan akan berlakunya sedikit pendarahan sekadar beberapa titik yang dinamakan pendarahan implantasi.

Semasa proses ini, sedikit pendarahan adalah normal dan tidak merbahaya. Anda juga mungkin akan merasa sedikit ‘cramp’ pada bahagian rahim atau perut.

  1. KENAIKAN SUHU TUBUH

Kebanyakkan wanita merancang untuk hamil akan merekodkan suhu tubuh badan (basal body temperature) mereka setiap hari.

Ini kerana, akan terdapat perubahan suhu sekitar tempoh ovulasi yang meninggikan peluang untuk berjaya mendapat zuriat.

Selesai tempoh ovulasi, anda akan mendapati suhu tubuh anda akan terus meningkat berbanding biasa apabila telur berjaya disenyawakan.

  1. PAYUDARA TERASA ‘BERAT’ DAN NYERI

Apabila anda hamil, hormon akan terus menghantar isyarat kepada tubuh anda supaya dapat bersedia dalam masa 40 minggu.

Ketika ini, saluran darah dalam payudara akan menegang dan mula membesar. Inilah sebabnya payudara akan semakin membesar apabila usia kehamilan semakin meningkat.

Kadangkala, ada yang merasakan simptom ini dalam masa beberapa hari sebelum haid tetapi ramai wanita berpendapat ketidakselesaannya lebih teruk apabila hamil.

  1. KELETIHAN YANG MELAMPAU

Keletihan yang bukan berpunca daripada kerja berat mungkin menandakan tubuh anda sedang bekerja dua kali ganda untuk menyokong pertumbuhan fetus.

Selain itu, peningkatan hormon progesteron semasa awal kehamilan akan menyebabkan anda penat dan mengantuk sepanjang masa.

  1. LOYA

Ini adalah tanda kehamilan awal yang paling klasik dan selalunya benar!

Ini kerana, 75% daripada wanita mengaku akan berasa loya di awal kehamilan, lebih-lebih lagi pada awal pagi.

  1. KETIDAKSELESAAN PERUT

Ada yang akan berasa kembung, senak, dan sembelit apabila mulai hamil akibat perubahan hormon yang menjejaskan sistem pencernaan.

Kebiasaannya, apabila tanda ini berlaku ia akan diikuti dengan kerap terkentut, dan asyik sendawa.

  1. KERAP KENCING

Apabila anda hamil, lebih banyak darah akan dihasilkan. Pada masa yang sama, buah pinggang juga akan bekerja lebih keras untuk menapis darah ini dan menyebabkan pundi kencing anda sentiasa penuh.

Maka, anda akan perlu lebih kerap ke tandas, terutamanya pada waktu malam.

  1. ALAH TERHADAP MAKANAN

KIra-kira 85% wanita akan berasa alah terhadap beberapa jenis makanan dalam tempoh awal kehamilan atau trimester pertama.

Biasanya, keadaan akan kembali normal dalam trimester kedua atau ketiga. Namun, ada yang akan merasa begini sehingga bayi lahir.

  1. ‘MOOD SWING’

Perubahan hormon bukan saja akan menjejaskan fizikal anda, tetapi juga mental.

Ini kerana paras hormon ini turut menjejaskan bahagian neurotransmitter pada bahagian otak sehingga menyebabkan emosi anda lebih tidak stabil.

  1. SAKIT KEPALA

Paras gula yang rendah boleh menyebabkan sakit kepala apabila sel otak tidak mendapat keperluan yang diperlukannya.

Sakit kepala yang kerap juga merupakan tanda awal kehamilan akibat hormon estrogen dan progesteron bagi menyokong pertumbuhan rahim bagi bayi dalam kandungan.

TAHU TANDA AWAL KEHAMILAN SUPAYA DAPAT BERI RUANG UNTUK LEBIH BERSEDIA

Seeloknya jika anda dapat mengetahui mengenai kehamilan seawall mungkin. Hal ini demikian kerana, segala aktiviti yang boleh menjejaskan kandungan dapat dielakkan.

 

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share206Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0