Satu berita baik untuk keluarga yang mempunyai Isi Rumah RM2,500 dan ke bawah, kerajaan telah memperkenalkan satu inisiatif yang dinamakan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan nilai sehingga RM2,000 untuk setiap isi rumah di Malaysia.
Untuk pengetahuan, nilai bantuan ini adalah lebih banyak berbanding bantuan-bantuan yang ada sebelum ini yang mana hanya memperuntukkan sebanyak RM1,800 sahaja.
Disini, kami di DigitalMukmin akan kongsikan kepada anda info-info penting dan syarat untuk memohon bantuan ini.
Jumah Yang Akan Diterima
Melalui pembentangan Belanjawan 2022 yang lalu, pemberian bantuan dibahagikan kepada empat kategori seperti berikut:
Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:
- RM2,000: Lebih 3 orang anak
- RM1,500: 1-2 orang anak
- RM1,000: Tiada anak
Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:
- RM800: Lebih 3 orang anak
- RM600: 1-2 orang anak
- RM400: Tiada anak
Tambahan Kadar Isi Rumah:
- RM300: Warga Emas
- RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan
Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM
- Sudah Berkahwin
- Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
- Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah
Tarikh Pembayaran
Untuk maklumat, pembayaran BKM akan dilaksanakan 4 kali dalam masa setahun.
Cara Membuat Permohonan BKM
Tarikh Permohonan / Pengemaskinian BKM
Sila layari https://bkm.hasil.gov.my/ untuk kemaskini dan permohonan online.
Cara Kemaskini Maklumat BKM
Berikut cara kemaskini maklumat BKM 2022:
- Buka laman web rasmi BKM melalui pautan berikut – klik DI SINI
- Klik log masuk
- Setelah berjaya log masuk, klik kemaskini permohonan
- Masukkan No.Mykad dan klik semak. Isikan semua maklumat bertanda *
- Klik teruskan
- Isi kod Captcha dan klik sahkan Captchanya
- Tandakan Perakuan Pemohon Berkenaan 7. Klik butang hantar bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, klik butang cetak untuk simpan rekod permohonan.