Tarikh & Jumlah Bayaran BKM Fasa 2, Semak Sekarang!

Perdana Menteri sebelum ini telah mengumumkan hampir 8 juta penerima BKM akan menerima manfaat pada hujung bulan Mac dengan impikasi kewangan berjumlah RM8.2 bilion ringgit.

“BKM telah ditambah baik daripada bantuan tunai langsung sebelum ini. Nilai bantuan ditambah mengikut klasifikasi bilangan anak bagi isi rumah yang tidak mempunyai anak, mempunyai seorang hingga dua orang anak dan isi rumah yang mempunyai tiga orang anak atau lebih serta memperkenalkan kadar tambahan bagi kategori isi rumah terhad kepada ibu atau bapa tunggal (IBT) dan warga emas,” ujarnya.

Berikut Kami kongsikan kepada anda jumlah bantuan BKM Fasa 2.

 


Jumlah Bantuan BKM Isi Rumah 2022

Untuk pengetahuan anda, pembayaran BKM Fasa 2 akan melibatkan kategori isi rumah dan warga emas bujang/tiada pasangan akan mendapat bayaran sebanyak RM100 sehingga RM400 berdasarkan kelayakan setiap penerima. Melalui pembentangan Belanjawan 2022, bantuan akan diberi berdasarkan empat kategori berikut:

Isi Rumah RM2,500 dan kebawah:

  • RM2,000: Lebih 3 orang anak
  • RM1,500: 1-2 orang anak
  • RM1,000: Tiada anak

Isi Rumah RM2,500 – RM5,000:

  • RM800: Lebih 3 orang anak
  • RM600: 1-2 orang anak
  • RM400: Tiada anak

Tambahan Kadar Isi Rumah:

  • RM300: Warga Emas
  • RM500: Ibu/Bapa tunggal dengan tanggungan

 


Jumlah Bayaran BKM FASA 2 Bagi Setiap Kategori

Berikut merupakan jumlah bayaran untuk fasa 2:

 


Syarat Kelayakan Pemohon Isi Rumah BKM

Berikut adalah syarat kelayakan pemohon isi rumah BKM:

  • Sudah Berkahwin
  • Ibu bapa tunggal/ balu/ janda / duda yang mempunyai anak yang menepati syarat dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah

 


Tarikh Pembayaran BKM Fasa 2

Pembayaran BKM Fasa 2 dijangka akan bermula pada Jun 2022 dan akan dikreditkan secara berperingkat.

 


Cara Membuat Permohonan BKM

Untuk Pengetahuan anda, data penerima BPR 2021, BKC B40 dan data pemohon BPR 2021 yang tidak lulus atas alasan menerima GKP akan dibawa secara automatik ke dalam sistem BKM untuk semakan kelayakan.

Namun begitu, permohonan baharu BKM perlu dibuat sekiranya tiada rekod dalam pangkalan data sedia ada LHDNM manakala bagi penerima sedia ada yang mempunyai sebarang perubahan maklumat, kemas kini hendaklah dibuat dalam tempoh yang ditetapkan.

Permohonan boleh dibuat di https://bkm.hasil.gov.my/

 


Tarikh Permohonan / Rayuan BKM

Bagi mereka yang tidak menerima BKM, rayuan permohonan BKM akan dibuka bermula 2 Mei 2022 sehingga 2 Jun 2022.Maklumat LanjutMaklumat lanjut mengenai pembentangan bajet 2022 bolehlah melayari laman web Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/


Jom Bantu Share Artikel Ini
×