Tarikh Kemasukkan Markah SAPS Ibu Bapa

Tarikh Kemasukkan Markah SAPS Ibu Bapa 2019 dikemaskini disini. Digital Mukmin mahu berkongsi tarikh update markah SAPS Ibu Bapa oleh guru-guru.

Bilakah tarikh mula Kemasukan Markah Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) bagi Tahun 2019? Semua sedia maklum bahawa Kementerian Pendidikan Malaysia telah menyediakan sistem semakan keputusan peperiksaan bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah yang dikenali sebagai Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS NKRA). Semakan keputusan peperiksaan oleh ibu bapa atau pelajar boleh mula disemak selepas kemasukan markah di sistem SAPS semakan Ibu Bapa iaitu selepas tamatnya peperiksaan tersebut.

Tarikh Mula Kemasukan Markah Peperiksaan di sistem SAPS bagi Tahun 2019 yang dikemaskini dalam sistem adalah mengikut tarikh yang dinyatakan dibawah. Ibu bapa mahupun penjaga disyorkan membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda secara atas talian berdasarkan tarikh kemasukan markah SAPS bagi peperiksaan dalaman.

TARIKH KEMASUKAN MARKAH SAPS 2019 BAGI PEPERIKSAAN DALAMAN

Berikut merupakan tarikh kemasukan markah peperiksaan dalaman SAPS NKRA 2019 buat panduan ibu bapa dan pelajar dalam membuat semakan keputusan peperiksaan anak mereka serta kedudukan dalam kelas. Tarikh Kemasukan Markah SAPS sekolah rendah dan sekolah menengah di Malaysia adalah seperti berikut :-

Antara maklumat yang dikongsikan adalah jenis peperiksaan, tahun/ tingkatan dan tarikh mula serta tarikh akhir kemasukan markah.

TAHUN 2019
Maklumat terkini :-

  • Pengisian markah untuk Peperiksaan Dalaman Sekolah Tahun 2019 hanya bagi murid Tahun 4 hingga Tahun 6 dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5.
  • Tiada pengisian bagi Ujian 1, Ujian 2 dan Saringan LINUS Khas dalam SAPS
  • Pengisian markah Peperiksaan Pertengahan Tahun (PPT) akan dibuka pada 17 Mei 2019 sehingga 16 Jun 2019.
  • Tertakluk kepada sebarang pindaan

TAHUN 2018
A. Ujian Awal Tahun
Tahun 6/ Tingkatan 5
26 Mac 2018 (Tarikh Mula) dan 16 April 2018 (Tarikh akhir)

B. Peperiksaan Pertengahan Tahun
Tahun 6/ Tingkatan 5
17 Mei 2018 (Tarikh Mula) dan 14 Jun 2018 (Tarikh akhir)

C. Peperiksaan Percubaan
Tahun 6 : 19 Julai 2018 dan 16 Ogos 2018
Tingkatan 5 : 13 September 2018 dan 4 Oktober 2018

D. Peperiksaan Akhir Tahun
Tahun 5/ Tingkatan 4
1 November 2018 (Tarikh Mula) dan 22 November 2018(Tarikh Akhir)

Pengisian Markah Peperiksaan Akhir Tahun dibuka mulai dari 25 Oktober hingga 20 November 2018.

Berikut adalah grafik takwim kemasukan markah peperiksaan dalaman bagi tahun 2018 :

TAHUN 2017
A. Peperiksaan Pertengahan Tahun
Tahun 6/ Tingkatan 5
18 Mei 2017 (Tarikh Mula) dan 16 Jun 2017 (Tarikh akhir)

B. Peperiksaan Percubaan
Tahun 6 : 20 Julai 2017 dan 18 Ogos 2017
Tingkatan 5 : 14 September 2017 dan 6 Oktober 2017

C. Peperiksaan Akhir Tahun
Tahun 5/ Tingkatan 4 : 2 November 2017 dan 24 November 2017

Nota Penting :  Tarikh Kemasukan Markah Peperiksaan Dan Semakan SAPS Ibu Bapa. Bagi mereka yang mahu tahu cara login saps ibu bapa boleh lawati tutorial di DigitalMukmin.Com.

Tarikh yang sama boleh digunakan bagi tahun 1 hingga 5 dan tingkatan 1, 2 dan 4 untuk kegunaan sekolah masing-masing. Keputusan peperiksaan yang boleh disemak adalah seperti berikut :-

1. Ujian 1
2. Peperiksaan Pertengahan Tahun
3. Ujian 2
4. Peperiksaan Akhir Tahun
5. Peperiksaan Percubaan untuk UPSR, PT3 dan SPM

Namun begitu, keputusan penuh peperiksaan awam seperti semakan UPSR, PT3 dan SPM tidak boleh disemak melalui Sistem SAPS. Digital Mukmin berharap agar anda mendapat manfaat daripada informasi yang dishare.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.