Shopee melalui kerjasama Kementerian Tenaga & Sumber Asli (keTSA) memperkenalkan sebuah bantuan atau baucar untuk pengguna Shopee yang layak.
Inisiatif ini adalah untuk membantu rakyat Malaysia yang menggunakan aplikasi Shopee untuk membeli barangan yang terdapat pada baucar tersebut.
PROGRAM SAVE 3.0
Seperti sebelum ini, kita telah disajikan dengan Program Save 1.0 dan Save 2.0. begitu juga dengan Save 3.0, ia adalah sambungan kepada program-program sebelum ini.
Pembelian yang dibenarkan adalah hanya untuk barangan tertumpu seperti barangan elektrik yang menerima label 4 dan 5 bintang sahaja dan telah disahkan melalui Suruhanjaya Tenaga
OBJEKTIF BAUCAR
Dibawah merupakan objektif pemberian baucar untuk pengguna yang layak:
- Memberi peluang kepada pengguna untuk membeli barangan bertaraf 4 dan 5 bintang melalui Shopee
- Meningkatkan jumlah 4 dan 5 bintang peralatan eletrik di pasaran
JUMLAH BANTUAN
Pengguna Shopee berpeluang untuk menerima baucar daripada Shopee dan Kementerian Tenaga & Sumber Asli (keTSA) berjumlah:
- RM 400
SYARAT KELAYAKAN
Dibawah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menebus baucar RM 400 ini:
- Warganegara Malaysia
- Pemilik akaun eletrik domestik berdaftar dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power sahaja yang layak untuk membuat permohonan
- Baucar boleh ditebus melalui di kedai eletrik dan pasar raya yang berdaftar atau tebus secara dalam talian seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.
- Penerima Save 2.0 tidak layak untuk menerima Kategori 1 Save 3.0
KATEGORI BAUCAR
Berikut merupakan kategori-kategori baucar yang disediakan. Terdapat 2 Kategori utama dalam pemberian baucar ini:
- Kategori 1 : Pembelian Peti Sejuk / Pendingin Hawa (RM 200)
- Kategori 2 : Pembelian TV / Mesin Basuh / Ketuhar / Gelombang Mikro / Periuk Nasi (RM 50 / RM 100 / RM 200)
CARA TEBUS BAUCAR
Penebusan boleh dilakukan secara fizikal dan juga online. Berikut ialah cara-cara untuk membuat penebusan:
Tebus Secara Online
- Cari ‘Save 3.0‘ di Shopee
- Berbual dengan penjual untuk dapatkan baucar tersebut
- Sekiranya anda layak, penjual tersebut akan memberikan baucar SAVE 3.0 kepada anda
- Selepas daftar keluar, klik pada bahagian ‘Baucar Kedai’ / ‘Shop Voucher’ dan masukkan kod baucar yang diberikan
Tebus Secara Fizikal
- Untuk tebusan secara manual ke kedai elektrik atau pasar raya, anda perlu semak kedai yang terlibat melalui :
- http://www.seda.gov.my/saveprogram/ dan
- hadir bersama Kad Pengenalan dan bil eletrik untuk membuat penebusan baucar
TEMPOH PELAKSAAN
Pelaksanaan program ini akan dilakukan sepanjang tahun 2022 ini iaitu
bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022