Tempat Menarik Di Cameron Highland 2019

Tempat Menarik Di Cameron Highland 2019 | sudahkah anda terfikir dimana hendak bawa anak bercuti untuk cuti sekolah anda datang. Digital Mukmin akan kongsikan tempat menarik di Cameron Highlands buat rujukan ibu bapa diluar sana

12 TEMPAT MENARIK YANG KORANG PERLU SINGGAH BILA DATANG CAMERON HIGHLANDS!

  1. BOH TEA CENTER

Kalau datang ke Cameron Highland, pasti anda wajib singgah ke kebun teh! Latar belakang kebun the yang hijau dan luas serta cuaca yang sejuk. Tempat ini sangat sesuai untuk kaki selfie! Terdapat dua kebun teh iaitu :-

Boh Tea Center Ringlet (Habu)

Boh Tea Center Sungai Palas

Kedua dua kebun teh ini mempunyai aktiviti yang hampir sama dan anda tidak boleh lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai jenis teh disini!

 

Harga Tiket : Percuma

Waktu Operasi : 8.30 am- 4.30 pm

 

  1. LADANG TEH CAMERON VALLEY / BHARAT TEA

Jenama Bharat Tea mungkin tidak sepopular Boh, tapi ia tetap mempunyai tarikan tersendiri.

Harga Tiket : Percuma

Waktu Operasi : 9.00 am – 6.00 pm

  1. LAVENDER GARDEN

Setelah puas menikmati pemandangan kebun the, seterusnya anda boleh ke taman lavender. Di taman ini terdapat pelbagai jenis bunga dan terdapat juga buah strawberi. Yang menariknya, anda boleh menikmati pelbagai hidangan dessert menarik di sini. Yang paling terkenal disini adalah ais krim lavender!

Harga Tiket : Dewasa RM8, Kanak-kanak RM5

Waktu Operasi : Isnin – Khamis (9.00am – 6.00am), Jumaat – Ahad (9.00am – 7.00pm)

Facebook : Lavender Garden, Cameron Highlands

 

  1. AVANT CHOCOLATE

Bagi penggemar coklat, ini adalah tempat yang sesuai untuk anda. Admin pasti anda tidak akan menyesal masuk kesini. Selain coklat, Dessert dan aiskrim pun ada.

 

Harga Tiket : Percuma

Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm

 

  1. GREEN VIEW GARDEN

Green View Garden adalah satu taman yang dipenuhi dengan landskap berwarna-warni yang menceriakan. Sesuai dengan namanya, di sini terdapat tanaman yang sinonim dengan nama Cameron Highland – contohnya bunga-bungaan, buah strawberi dan sebagainya. Ditaman ini juga terdapat haiwan comel dan anda boleh menyentuh haiwan disini.

 

Harga Tiket : Percuma

Waktu Operasi : 9.00 am – 6.30 pm

Facebook : Green View Garden, Cameron Highlands

 

  1. TAMAN AGROTEKNOLOGI MARDI

Seperti biasa, disini terdapat pelbagai jenis tumbuhan, herbat, sayuran, buahan dan juga bungaan. Bangunan kolonial yang tersergam indah dalam kawasan ini juga menjadikannya tempat yang istimewa untuk mengambil gambar kenang-kenangan. Tapi yang paling mengujakan dan mesti anda cuba di Taman Agroteknologi MARDI adalah serunding strawberi dan aiskrim strawberi yang asli. Sesuai sangat nak dibawa balik sebagai ole-ole.

Harga Tiket : Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3

Waktu operasi : Isnin – Khamis (8.00am-12.45pm),

Sabtu-Ahad (8.00am – 5.00pm),

Jumaat (8.00am – 12.30pm / 2.30pm – 5.00pm)

Facebook : Taman Agroteknologi MARDI Cameron Highlands

 

  1. BIG RED STRAWBERRY FARM

Juga dikenali sebagai Taman Agro Tourism, ada macam-macam produk berasaskan strawberi yang boleh anda jumpa di sini seperti ais krim, waffle, sundae dan macam macam lagi! Selain daripada itu, bolehlah bergambar dengan buah strawberi gergasi yang menjadi mercu tanda di sini.

Harga Tiket : Percuma

Facebook : Big Red Strawberry Farm

  1. TIME TUNNEL MUSEUM

Kepada yang ingin mengimbau kenangan dan nostalgia, anda bolehlah berkunjung ke Time Tunnel Museum. Koleksi bahan pameran di dalamnya seolah-olah membawa anda menelusuri masa lampau. Barang-barang yang terdapat di dalamnya adalah barang yang mungkin anda pernah nampak semasa zaman kanak-kanak dahulu atau lebih lama daripada itu. Barang-barangnya unik dan pasti menggamit memori indah suatu masa dahulu.

Harga Tiket : Dewasa RM6, Kanak-kanak RM4

Waktu Operasi: 9.00 am – 6.00 pm

Facebook : Cameron Highlands Time Tunnel

  1. 3D WALL ART STUDIO

Muzium  kontemporari seperti ini semakin popular dan mendapat perhatian dinegara kita. Untuk makluman, di Cameron Highland pun dah terdapat sebuah muzium 3d untuk anda lawati bersama keluarga.

Terdapat pelbagai lukisan menarik dan menghasilkan imej 3d yang menakjubkan apabila anda mengambil gambar dari sudut yang betul.

Harga Tiket : Dewasa RM18, Kanak-kanak RM10

Waktu Operasi : 10.00 am – 10.00 pm

Facebook: 3D Art Museum

  1. NASI LEMAK SAMBAL STRAWBERRY DI 200 SEEDS CAFE

Nasi lemak sambal strawberi adalah menu yang mesti anda cuba apabila berkunjung ke Cameron Highland.

Namun jika anda kurang menggemari nasi lemak, ada banyak lagi makanan yang tersenarai dalam menu untuk anda nikmati. Daripada tomyam, nasi goreng, hinggalah ke hidangan western seperti lamb chop.

Waktu Operasi : 8.00 am – 8.00 pm

Facebook : 200 Seeds Cafe by Abang Strawberry

 

  1. CACTUS VALLEY FARM

Siapa kata kaktus tak ada peminatnya yang tersendiri? Di sinilah ‘syurga’ bagi anda jika anda salah seorang daripadanya.

Begitu banyak koleksi kaktus yang berbeza saiz, bentuk, dan jenis. Kebanyakkan orang yang datang ke sini akan membeli pasu-pasu kecil dan comel di sini sebagai cenderahati untuk orang tersayang.

Harga Tiket: Dewasa RM4, Kanak-kanak RM2

Waktu Operasi : 8.00 am – 6.00 pm

  1. PASAR KEA FARM

Di Pasar Kea Farm ini terdapat pelbagai oleh oleh yang unik dan menarik iuntuk dibawa pulang. Terdapat banyak gerai yang menjuai barangan segar, makanan dan juga cenderahati.

Waktu Operasi : 8.30 am – 6.00 pm

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.