Permohonan bantuan barangan dapur bernilai RM300 diberikan setiap bulan kepada pemohon yang layak sepanjang tahun 2023. Sebagai makluman, kerajaan negeri telah melancarkan program BINGKAS iaitu ewallet untuk membantu orang ramai membeli barangan keperluan dapur pada tahun ini.
BANTUAN UNTUK KEHIDUPAN SEJAHTERA
Bagi mereka yang menghadapi masalah kewangan dan memerlukan bantuan barangan dapur bolehlah memohon untuk kesejahteraan hidup Selangor. Permohonan ini terbuka kepada golongan kurang berkemampuan di negeri ini. Untuk makluman, program BINGKAS eWallet ini merupakan bantuan yang telah diperkenalkan pada tahun sebelumnya.
Bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan terhadap rakyat, program inisiatif ini akan diteruskan pada 2023. Sebanyak RM108 juta telah disediakan sebagai peruntukan dan ia akan memanfaatkan 30,000 isi rumah (keluarga) yang layak. Perkara ini dimaklumkan oleh Menteri Besar Selangor, Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Shari ketika membentangkan Bajet 2023.
OBJEKTIF PERMOHONAN BANTUAN BARANG DAPUR
Perlaksanaan bantuan dapur BINGKAS ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal erti penat lelah menguruskan hal ehwal ahli keluarga. Antara cabaran yang dihadapi oleh ibu bapa hari ini ialah bagaimana mendidik dan membesarkan anak-anak dalam suasana penuh ketidaktentuan dan kesukaran akibat krisis ekonomi pasca pandemik dan domestik. Ibu bapa perlu menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku dalam masyarakat dan mencari jalan terbaik untuk menyediakan pendidikan dan penjagaan yang berkualiti kepada anak-anak mereka.
KADAR BANTUAN
Kepada pemohon yang layak, mereka akan menerima insentif bernilai RM300 dalam bentuk ewallet dan akan dikreditkan dengan jumlah yang sama setiap bulan. Bantuan khas ini boleh digunakan untuk pembelian keperluan asas dapur dan peralatan pendidikan di mana-mana pasar raya berdaftar.
CARA MEMOHON BANTUAN BARANG DAPUR
Untuk memudahkan proses permohonan anda, sila rujuk garis panduan yang terdapat di laman web rasmi kerajaan. Panduan ini mengandungi langkah-langkah yang perlu diikuti oleh calon yang berminat. Sila layari portal rasmi – BINGKAS
Untuk memudahkan proses semakan permohonan, sila sertakan dokumen penting yang diperlukan seperti berikut:
- Salinan kad pengenalan pemohon
- Untuk memudahkan proses permohonan, sila sediakan salinan kad pengenalan untuk pasangan dan ahli keluarga anda yang tinggal bersama anda.
- Salinan sijil kematian / cerai / laporan polis bagi kategori ibu bapa tunggal
- Salinan penyata gaji kakitangan awam
- Pengesahan penyata pendapatan untuk pemohon yang bekerja sendiri
Nota : Untuk menyemak syarat kelayakan pendaftaran, sila rujuk – SINI