Bantuan Kewangan RM1,000 kepada Rakyat Malaysia Sekaligus. Pembentangan Belanjawan 2024 Kerajaan Madani telah dilaksanakan pada Jumaat lalu.
Pelbagai inisiatif dan bantuan kepada rakyat telah diumumkan bagi meringankan kos sara hidup mereka.
BANTUAN KEWANGAN
Dalam Bajet 2024 ini, bertemakan EKONOMI AWAM: Memperkasa Rakyat yang memfokuskan kepada Ketangkasan Perkhidmatan, Penstrukturan Semula Ekonomi untuk Melonjak Pertumbuhan dan Meningkatkan Taraf Hidup Rakyat.
Justeru, kerajaan melancarkan pelbagai jenis bantuan untuk tahun hadapan bagi meningkatkan taraf hidup rakyat antaranya Rahmah Cash Caruman 2024 dan bantuan one-off RM2000 untuk penjawat awam.
BANTUAN KEWANGAN RM 2000
Berita baik untuk penjawat awam, kerajaan bersetuju memberi Bayaran Insentif Permulaan Kajian Sistem Pampasan Perkhidmatan Awan sebanyak RM2,000.
Bantuan kewangan ini layak kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
BANTUAN KEWANGAN RM 1000
Kerajaan juga akan menyediakan bantuan kewangan RM1,000 untuk semua kakitangan Jawatan Utama Sektor Awam (JUSA) melibatkan polis, bomba, tentera, tentera dan semua anggota beruniform.
Bayaran RM1,000 itu turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.
TARIKH PEMBAYARAN
Bayaran ini akan dikreditkan sekali gus pada penghujung Februari 2024 untuk persiapan sekolah anak-anak dan persiapan Ramadan dan Syawal