Ramai yang terlepas pandang insentif istimewa ini, bantuan musim tengkujuh ini diperkenalkan oleh kerajaan melalui agensi RISDA. Apa yang menarik, jumlah bantuan telah dinaikkan kepada RM800 berbanding RM600 tahun lalu.
Semak juga : Pengeluaran KWSP Kali Terakhir Kini Telah Dibenarkan – Semak Sekarang
Berdasarkan usaha kerajaan membantu meringankan beban rakyat yang terjejas pada musim tengkujuh yang terdiri daripada pekebun kecil dan penoreh getah, bantuan BMT telah diperkenalkan.
JADUAL PEMBAYARAN BANTUAN (BMT)
Berikut adalah jadual pembayaran bantuan monsun (BMT) RM800 bagi tahun 2023 seperti di bawah:
- November 2023: RM200
- Disember 2023: RM200
- Januari 2024: RM200
- Februari 2024: RM200
Pembayaran BMT akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga selesai berdasarkan jadual di atas.
TARIKH PERMOHONAN BANTUAN MUSIM RAKASA
Untuk makluman, permohonan bantuan kewangan khas BMT ini telah dibuka. Permohonan boleh dibuat bermula pada 15 Jun 2023 sehingga tarikh tutup pada 20 September 2023.
SEMAKAN STATUS BMT 2023
Bagi mereka yang ingin menyemak status mereka, individu yang berkelayakan boleh menyemak secara online. Sila layari laman web rasmi BMT RISDA – DI SINI
SYARAT KELAYAKAN BMT
Terdapat beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk permohonan bantuan musim tengkujuh 2023 seperti berikut:
- WargaNegara Malaysia
- Pekebun kecil atau penoreh getah
- Pemilik tanah yang sah
- 1 lot hanya untuk 1 penerima sahaja
- Mempunyai kad permit Pihak Berkuasa Getah (PAT-G) yang sah
Info: Bantuan musim tengkujuh ini ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang terdiri daripada pekebun kecil dan penoreh getah yang memerlukan sahaja. Mereka yang layak boleh mengemukakan permohonan sebelum tarikh tutup.
Untuk sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat terperinci mengenai BMT 2023, sila hubungi talian khas BMT RISDA di talian 03-4256 4022.