Bantuan perantis berjumlah RM200 sebulan ditawarkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan yang memerlukan. Inisiatif khas ini disediakan pada tahun ini untuk membantu meringankan beban orang yang berkelayakan.
BLP 2023 : BANTUAN PERANTIS
Untuk makluman, kerajaan menyediakan pelbagai jenis inisiatif dalam bentuk bantuan kewangan untuk memberi manfaat kepada rakyat yang terjejas. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengendalikan insentif yang dikenali sebagai bantuan latihan perantis (BLP).
Menerusi program bantuan BLP, mereka yang layak akan menerima insentif RM200 seorang sebulan dalam tempoh yang diberikan. Ini adalah inisiatif yang disediakan dalam skim bantuan kebajikan tahun ini yang boleh dipohon oleh golongan yang memerlukan.
Tujuan utama pelaksanaan program BLP ini akan diteruskan pada tahun 2023 adalah untuk membantu pelanggan Jabatan atau anak-anak penerima bantuan. Mereka yang sedang menganggur dan bekas pelatih/pelatih institusi kebajikan layak mendapat latihan sambil bekerja.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERANTIS (BLP 2023)
JKM telah menetapkan beberapa syarat asas kelayakan untuk permohonan bantuan latihan perantis RM200 sebulan ini seperti berikut:
- Warganegara Malaysia sahaja
- Bermastautin di Malaysia
- Kes-kes yang memerlukan / pengawasan moral
- Merupakan anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih atau bekas warga JKM
- Bekas pelatih khidmat masyarakat
Kesemua pelaksanaan bantuan kebajikan adalah mengikut senarai bersama (Concurrent List) antara kerajaan persekutuan dan negeri. Kesemuanya telah termaktub dalam peruntukan Perlembagaan Persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 Jadual kesembilan senarai perundangan.
PANDUAN PENDAFTARAN PERMOHONAN BLP 2023
Bagi mereka yang memenuhi kelayakan dan memerlukan, permohonan boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara mendaftar permohonan telah disediakan, sila layari laman rasmi JKM eBantuan – DI SINI
Bagi memudahkan proses semakan permohonan, anda dinasihatkan untuk menyertakan dokumen penting yang diperlukan seperti salinan kad pengenalan. Borang permohonan boleh dimuat turun dari laman web rasmi JKM yang disediakan di atas.