Bantuan Kewangan sebanyak RM200 sebulan ditawarkan melalui program latihan perantis (BLP) kepada rakyat Malaysia tahun ini. Inisiatif khas ini merupakan bantuan khas yang diberikan untuk memberi manfaat kepada rakyat.
BANTUAN KEWANGAN RM200 SEBULAN
Kerajaan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyediakan pelbagai inisiatif dalam skim bantuan kebajikan itu. Salah satu insentif yang masih boleh dipohon ialah melalui Program Bantuan Latihan Perantis (BLP).
Untuk makluman, kadar yang diberikan kepada pemohon yang layak menyertai adalah RM200 dan akan dibayar setiap bulan dalam tempoh yang ditetapkan. Dengan adanya program khas seperti ini dapat membantu meringankan beban mereka yang terlibat.
Tujuan utama pelaksanaan program BLP diteruskan pada tahun ini adalah untuk membantu pelanggan jabatan dan anak-anak penerima bantuan yang tercicir. Mereka yang menganggur, lepasan sekolah dan bekas pelatih layak menyertai latihan kemahiran atau latihan sambil bekerja ini.
SYARAT KELAYAKAN BANTUAN KEWANGAN RM200 (BLP)
Berikut adalah beberapa kriteria kelayakan yang telah ditetapkan untuk mendapatkan bantuan BLP sebanyak RM200 sebulan seperti:
WargaNegara Malaysia
Anak kepada penerima bantuan atau bekas pelatih/penduduk dari institusi kebajikan
Kes pengawasan moral
Bekas pelatih pesanan khidmat masyarakat
Info: Setiap kelulusan adalah berdasarkan tempoh latihan dan maksimum 24 bulan bersamaan 2 tahun.
Pelaksanaan program bantuan kebajikan itu adalah selaras dengan Senarai Serentak antara kerajaan persekutuan dan negeri. Perkara ini telah termaktub dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Malaysia di bawah senarai 3 jadual kesembilan (9) senarai perundangan.
CARA MEMOHON BANTUAN BLP RM200 SEBULAN
Bagi mereka yang menganggur atau berkelayakan memerlukan, permohonan masih boleh dikemukakan pada tahun ini. Panduan cara memohon telah disediakan, untuk menyemak cara memohon dan memuat turun borang permohonan, sila layari laman web rasmi JKM eBantuan – DI SINI