Pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan sama ada melalui peringkat Negeri mahupun Persekutuan bagi membantu mereka yang layak.
Antaranya ialah bantuan kewangan yang diperkenalkan bagi membantu mereka yang memerlukan dan berkelayakan.
Ini penjelasan lanjut berkenaan bantuan tunai ini:-
Bantuan Tunai RM300
Bulan lalu, Kerajaan Persekutuan mengagihkan bayaran Bantuan Khas Penghargaan sebanyak RM300 dan RM200 kepada mereka yang layak.
Pada masa sama, Kerajaan Negeri Sabah turut memperkenalkan bantuan sama pada kadar RM300.
Bantuan khas ini akan diberikan kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri yang masih berkhidmat pada 10 Ogos 2023.
Pegawai tetap, sementara dan Kontrak Perkhidmatan (COS) yang dilantik; pegawai bercuti bergaji penuh; pegawai yang bercuti separuh gaji; pegawai bercuti tanpa gaji; dan pegawai yang dipinjamkan termasuk kepada agensi yang pengurusan pampasannya diasingkan juga layak menerima bantuan khas ini.
Tarikh pembayaran
Berdasarkan pekeliling perkhidmatan negeri Sabah bilangan sembilan 2023 yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, pembayaran Bantuan Khas Penghargaan ini akan dibuat pada 25 September 2023.
“Kerajaan Negeri melalui Mesyuarat Majlis Menteri-menteri Siri 13/2023 pada 30 Ogos 2023 telah bersetuju untuk memberikan BKP Penjawat Awam Negeri sebanyak RM 300 kepada semua pegawai Perkhidmatan Awam Negeri.
“BKP ini bagi menghargai sumbangan dan sebagai suntikan semangat kepada Penjawat Awam Negeri untuk bekerja lebih gigih meningkatkan mutu perkhidmatan kepada rakyat,” petikan pekeliling itu.