Terkini: Cara Tebus Kredit & Baucar RM400 Untuk Semua Pengguna Shopee Tahun 2022

Kerajaan telah memperkenalkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, dalam masa yang sama memberikan baucar diskaun sehingga RM400 untuk rakyat Malaysia dalam pembelian barangan elektrik cekap tenaga.

 

Untuk pengetahuan, program ini adalah merupakan lanjutan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 sebelum ini. Objektifnya adalah untuk mengalakkan lebih ramai penggua mendapatkan produk yang cekap tenaga, sekaligus menyumbang kepada penjimatan bil elektrik harian rakyat.

 

Kami di DigitalMukmin akan berkongsi mengenai maklumat lanjut tentang bagaimana cara menebus baucar diskaun RM400 ini.

 


APA ITU PROGRAM SAVE 3.0?

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).

 


SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

 


DUA KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0

Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
  • Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk

 


KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

 


CARA PENEBUSAN

Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:

 

 

Untuk maklumat lanjut, layari:

 

Untuk penebusan manual, sila rujuk senarai kedai elektrik berdaftar di pautan berikut: www.saveenergy.gov.my (Bawa IC dan bil elektrik untuk menebus baucar ini)

 


TEMPOH PENEBUSAN

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.


Jom Bantu Share Artikel Ini
×