Untuk pengetahuan, anda boleh menggunakan wang simpanan di dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk digunapakai dalam ASB untuk tujuan pelaburan.
PROMO - Unlimited Free Shipping dekat Shopee, rugi kalau tak guna shopee -> https://shope.ee/4pify0AhKC
Dikenali sebagai i-Invest, pencarum KWSP boleh lakukan transaksi pelaburan tanpa menggunakan orang tengah (ejen) dan caj perkhidmatan yang rendah.
Syarat Menggunakan i-Invest:
- Berumur kurang 55 tahun dan mempunyai simpanan di dalam akaun 1 KWSP.
Antara aktiviti transaksi yang boleh dilakukan dengan menggunakan i-Invest:
- Pembelian (Memasukkan duit ke dalam ASB)
- Penukaran tabung.
- Jualan balik (Mengeluarkan duit untuk dimasukkan kembali ke dalam KWSP).
Cara Daftar i-Invest
Anda boleh mendaftar i-Invest melalui portal MyASNB.
Cara lain adalah dengan langkah berikut:
- Layari portal KWSP dan log masuk ke dalam i-Akaun Ahli.
- Pilih IPD Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB).
- Pilih dana-dana yang ditawarkan oleh ASNB.
Semua aktiviti transaksi boleh dilakukan melalui portal myASNB dan sejarah transaski akan dipaparkan di kedua-dua portal myasnb dan juga i-Akaun KWSP.
JUMLAH HAD PELABRUAN MINIMUM
RM1000
SOALAN LAZIM
Jika Jualan Balik Dilakukan, Adakah saya dikenakan caj perkhidmatan?
- Tiada.
Jika saya tiada akaun ASNB, bolehkah saya menggunakan i-Invest?
- Tidak. Anda haruslah mempunyai akaun dalam ASNB sebelum dapat menggunakan i-Invest.