Bantuan Kewangan RM700. Tahukah anda mulai November 2022 ada bantuan yang anda boleh terima secara automatik tanpa perlu memohon iaitu bantuan MySalam dan bantuan ini masih diagihkan sehingga tahun 2023. Skim takaful perlindungan kesihatan percuma yang dinamakan MySalam merupakan inisiatif yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan takaful kepada mereka yang berpendapatan rendah dengan menggunakan Dana Amanah MySalam.
Skim itu bertujuan membantu memudahkan kehidupan mereka yang berpendapatan rendah menjalani kehidupan normal apabila berdepan dengan cabaran kewangan dengan penyakit.
FAEDAH BAYARAN BANTUAN TAMBAHAN RM700
Faedah yang akan diterima oleh pemohon yang layak adalah seperti berikut:
Menerima bayaran RM8,000 yang diagihkan dalam masa yang akan diumumkan.
Terima bayaran harian untuk tempoh 14 hari setahun dengan kadar RM40 sehari atau RM700 setahun.
Faedah Skim Perlindungan MySalam akan diberikan kepada penerima BKM yang layak di seluruh Malaysia mulai tahun 2022. Ini berita baik yang diterima oleh rakyat negara ini.
BAGAIMANA NAK TEBUS MYSALAM
Berikut ialah cara menebus bantuan MySalam RM700:
Penerima BSH/BPR akan layak secara automatik, mereka akan terus dimasukkan ke dalam sistem MySalam.
Semakan boleh dilakukan melalui pautan rasmi MySalam di https://www.mysalam.com.my/b40/info/
Semua penerima yang layak akan dimaklumkan melalui sistem SMS
Tetapi jika anda layak tetapi tidak menerima SMS, anda boleh menghantar e-mel di [email protected] atau hubungi 1-300-888-938
SYARAT KELAYAKAN MYSALAM
Berikut adalah syarat kelayakan yang perlu anda ketahui sebelum memohon:
Individu berumur antara 18 dan 65 tahun dan pasangan mereka.
Individu berumur antara 40 hingga 65 tahun dan berpendapatan tahunan kurang daripada RM24,000.
Individu OKU berumur antara 18 hingga 65 tahun dengan pendapatan RM24,000 setahun.
SENARAI PENYAKIT YANG BOLEH MENUNTUT BAYARAN BANTUAN KEWANGAN RM700
Berikut adalah senarai penyakit yang membolehkan anda atau keluarga anda menuntut bantuan MySalam:
- Meningitis bakteria
- Alzheimer / demensia yang teruk
- Kanser
- Pembedahan otak
- Koma
- Gejala Penuh AIDS
- Serangan jantung
- Jangkitan HIV
- Strok
- Dan lain-lain penyakit kritikal – boleh rujuk SINI