Baru-baru ini kerajaan mengumumkan bantuan e-Tunai sebanyak RM100 kepada semua orang dewasa di negara ini dengan pendapatan tahunan RM100,000 atau kurang.
Pengumuman ini dibuat semasa Majlis Pelancaran Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat di Suruhanjaya Sekuriti, Bukit Kiara pada 27 Julai 2023.
Perdana Menteri menyatakan inisiatif membabitkan peruntukan sekitar RM1 bilion ini akan memanfaatkan lebih 10 juta orang berumur 21 tahun ke atas (dewasa), termasuk kumpulan B40 dan M40.
Bantuan e-Tunai RM100
Pemberian eTunai RM100 adalah inisiatif terbaharu yang diumumkan oleh Kerajaan Perpaduan untuk kumpulan B40 dan M40 dengan pendapatan RM100,000 dan ke bawah.
Sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan e-dompet, “e-Tunai Belia Rahmah” berjumlah RM200 untuk belia dan pelajar bagi memupuk budaya pembayaran tanpa tunai dalam kalangan belia.
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa Kerajaan akan menawarkan kredit e-tunai RM100 kepada semua orang dewasa di negara ini dengan pendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.
Katanya, inisiatif e-tunai untuk golongan dewasa diumumkan selepas kerajaan melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat.
“Melihat kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat, Kerajaan bersetuju menawarkan kredit e-tunai sebanyak RM100 kepada semua warga dewasa Malaysia berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.
“Jumlah penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta orang termasuk kumpulan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran MADANI: Memperkasakan Ekonomi Rakyat di sini, hari ini.
Tarikh Penebusan Bantuan e-Tunai RM100
Kredit e-Tunai RM100 akan dilakukan pada suku keempat tahun ini – Kementerian Kewangan
Apakah maksud suku keempat?
Satu suku ialah suku tahun iaitu tempoh tiga bulan:
- Suku Pertama – Januari hingga Mac
- Suku Kedua – April hingga Jun
- Suku Ketiga – Julai hingga September
- Suku Keempat – Oktober hingga Disember
Oleh itu, berdasarkan pengumuman Kementerian Kewangan berhubung pelaksanaan program ini pada suku keempat, kita boleh menjangkakan pembayaran akan dibuat antara Oktober dan Disember
Info akan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Manfaat Bantuan e-Tunai RM100
Pemberian e-Tunai RM100 memberi peluang kepada kumpulan B40 dan M40 untuk membiasakan diri dengan penggunaan e-dompet dan ekonomi digital. Selain itu, program ini juga dapat membantu orang ramai mengurangkan penggunaan wang tunai dan mempromosikan pembayaran tanpa sentuh.
Melalui program ini, orang ramai juga boleh membeli barangan atau perkhidmatan dalam talian dengan lebih mudah dan cepat. Ini dapat membantu meningkatkan daya saing belia dalam era ekonomi digital.
Penghargaan Bantuan Khas
Dalam perkembangan sama, Kerajaan turut bersetuju memberi Bantuan Pembangunan Khas RM300 kepada penjawat awam gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak dan RM200 kepada pesara kerajaan.
Bantuan itu dijangka memberi manfaat kepada 1.3 juta penjawat awam dan lebih sejuta pesara.
Ia akan dibayar dalam masa 2 minggu dari sekarang melalui kredit terus ke akaun setiap penerima.
Maklumat lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan ini, boleh dirujuk melalui Facebook rasmi Kementerian Kewangan atau laman web Benefit