[Terkini] Panduan Tuntut Bantuan Kewangan RM400 Tahun 2022 | Semakan Bantuan | DigitalMukmin

Kerajaan telah memperkenalkan Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0, dalam masa yang sama menawarkan baucar diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik yang cekap tenaga.

Untuk pengetahuan anda, program ini merupakan lanjutan daripada program SAVE 1.0 dan SAVE 2.0 yang sebelum ini banyak membantu rakyat Malaysia. Ia merangsang lebih ramai penggua mendapatkan produk jimat tenaga, disamping menyumbang kepada penjimatan bil elektrik mereka.

Dibawah adalah boleh dapati maklumat lanjut cara tebus baucer diskaun RM400.

 


KETAHUI APA ITU PROGRAM SAVE 3.0?

Program e-rebat maksimum RM400 untuk isi rumah yang membeli cekap tenaga yang telah menjalani ujian prestasi untuk peralatan cekap tenaga yang menerima label kecekapan tenaga 4 atau 5 bintang daripada Suruhanjaya Tenaga (ST)

 


SYARAT KELAYAKAN PROGRAM SAVE 3.0

Syarat kelayakan untuk mendapatkan baucar SAVE 3.0 adalah seperti berikut:

  • Rebat ini terhad kepada satu akaun sahaja bagi pembelian untuk 2022 berdasarkan kepada ‘first come first serve basis’.
  • Program ini hanya diberikan kepada warganegara Malaysia dan pemilik akaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power layak memohon.
  • Penerima e-rebat bagi Program SAVE 2.0 tidak layak untuk memohon bagi kategori satu Program SAVE 3.0.
  • Pembelian boleh diadakan secara fizikal di kedai elektrik dan pasar raya berdaftar termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, Lazada dan PG Mall.

 


KATEGORI-KATEGORI PROGRAM SAVE 3.0

Untuk makluman anda, Program Save 3.0 ini terbahagi kepada dua kategori iaitu:

  • Kategori 1: Peti Sejuk atau Penghawa Dingin; dan
  • Kategori 2: Televisyen atau Mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.

 

 


KADAR BAUCAR / REBAT SAVE 3.0

Setiap isi rumah layak mendapat sehingga RM400 e-Rebat (RM200 untuk Kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk Kategori 2) dengan pembelian peralatan elektrik dengan label kecekapan tenaga 4 bintang dan 5 bintang.

 


CARA PENEBUSAN

Untuk membuat penebusan baucar SAVE 3.0 di Shopee, sila rujuk gambar rajah di bawah:

Untuk maklumat lanjut, layari:

 


TEMPOH PENEBUSAN

Tempoh pelaksanaan projek telah ditetapkan selama satu (1) tahun dari Januari 2022 hingga Disember 2022.

 


Jom Bantu Share Artikel Ini
×