Pengeluaran KWSP secara bulanan atau berkala untuk pencarum sedang dipertimbangkan oleh KWSP. Untuk makluman, kerajaan bersetuju mempertimbangkan kemudahan pengeluaran ini bagi membantu ahli yang memerlukan./
PENGELUARAN KWSP BULANAN
Selaku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Datuk Seri Amir Hamzah Azizan. Beliau berkata baru-baru ini bahawa kemudahan pengeluaran KWSP secara bulanan / berkala untuk pencarum sedang dipertimbangkan.
Di mana pencarum/ahli KWSP yang telah mencapai umur 55 tahun bersara pada umur 55 tahun sebagai wajib bagi ahli baharu. Selain itu, katanya, kemudahan ini mampu memberi peluang kepada pencarum menguruskan wang persaraan dengan lebih baik lagi.
PELUANG UNTUK AHLI MENIKMATI DIVIDEN TAHUNAN
Dengan pengeluaran kwsp bulanan atau berkala, ini juga memberi peluang kepada ahli KWSP untuk terus menikmati dividen tahunan dengan simpanan sedia ada.
“KWSP sememangnya memberi pilihan pengeluaran kepada ahli / pencarum yang telah mencapai umur 55 tahun. Ia dibenarkan sama ada mahukan pengeluaran penuh atau sebahagian”.
Namun, masih tidak ramai pencarum yang memilih pengeluaran berkala atau bulanan. Ini adalah ruang untuk kami mempromosikan lagi inisiatif ini.
Perkara di atas dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif KWSP semasa persidangan kebajikan sosial antarabangsa 2023, pada hari Rabu.
FASILITI FSA2 KWSP FASA 1
Sementara menunggu pertimbangan pengeluaran kwsp berkala/bulanan ini, terdapat 1 kemudahan pengeluaran pembiayaan KWSP melalui FSA2. Kemudahan Sokongan Akaun 2 ialah program bantuan pembiayaan untuk ahli yang memerlukan.
Sepanjang tahun ini, permohonan KWSP FSA2 fasa 1 telah dibuka kepada ahli berumur 40 hingga 55 tahun. Bagi mereka yang ingin membuat pengeluaran KWSP untuk tujuan peribadi boleh memohon FSA2 KWSP.
Semakan kriteria kelayakan dan panduan permohonan lengkap telah disediakan. Sila ke laman web rasmi KWSP FSA2 – DI SINI