Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan dan inisiatif telah diperkenalkan oleh Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Salah satunya ialah inisiatif yang diperkenalkan iaitu Facility Support Account 2 (FSA2) melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Berikut adalah maklumat lanjut mengenai inisiatif tersebut:-
Pengeluaran Bersyarat KWSP
FSA2 adalah program yang membolehkan ahli KWSP membuat permohonan awal untuk Pengeluaran Bersyarat Umur 50 tahun atau 55 tahun bagi membantu mereka mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan.
Melalui program ini, ahli akan mengambil kira simpanan dalam Akaun 2 mereka untuk mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi perbankan yang mengambil bahagian.
Bayaran pengeluaran kemudiannya hanya akan dibuat kepada institusi perbankan apabila ahli telah mencapai umur 50 hingga 55 tahun tertakluk kepada pilihan umur pengeluaran mereka.
Jumlah maksimum untuk pengeluaran bersyarat tidak melebihi RM50,000 dalam Akaun 2 (tertakluk kepada jumlah pembiayaan peribadi yang diluluskan oleh institusi perbankan).
Syarat kelayakan
Terbuka kepada ahli KWSP yang belum mencapai umur 55 tahun (tertakluk kepada syarat umur kelayakan yang ditetapkan oleh institusi perbankan berkaitan);
Malaysia;
- Permohonan adalah sekali sahaja;
- Permohonan yang telah lulus tidak boleh dibatalkan;
- Jumlah deposit minimum RM3,000 dalam Akaun KWSP 2.
Cara memohon
Bagi mereka yang memenuhi syarat kelayakan, permohonan KWSP FSA2 boleh dibuat secara dalam talian melalui institusi perbankan yang mengambil bahagian dengan langkah berikut:
Langkah 1: Buat semakan awal kelayakan simpanan Akaun 2 KWSP melalui portal institusi perbankan yang mengambil bahagian;
Langkah 2: Memohon pembiayaan peribadi melalui portal institusi perbankan mengikut terma dan syarat yang ditetapkan oleh institusi perbankan;
Langkah 3: Kemukakan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat Umur 50 atau 55 tahun dengan KWSP melalui portal institusi perbankan, berdasarkan jumlah pembiayaan peribadi yang telah diluluskan oleh institusi perbankan berkenaan.
Untuk makluman, terdapat dua buah bank yang terlibat dalam program ini iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan MBSB Bank Berhad.
Maklumat lengkap berkenaan kemudahan ini, boleh dirujuk sepenuhnya di Portal Rasmi KWSP DI SINI.