• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Saturday, February 27, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home SAPS

Terlupa Password Login Saps Ibu Bapa

by Fyqa Azahar
June 1, 2020
in SAPS
3 min read
0
Terlupa Password Login Saps Ibu Bapa
600
SHARES
1.7k
VIEWS
Share on Facebook

Terlupa Password Login Saps Ibu Bapa lagi? DigitalMukmin pun selalu terlupa password kerana password agak susah untuk diingat. Kalau senang, senanglah nanti kena hack.

Tutorial Terlupa Password Login Saps Ibu Bapa

Dibawah ini terdapat beberapa soalan yang timbul apabila menggunakan Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS IbuBapa). Guru boleh mencari penyelesaiannya di sini.

SAPS Semakan Ibu Bapa FAQ

1. Pelajar yang ingin didaftarkan tidak boleh didaftarkan kerana nama pelajar telah terdapat dalam pengkalan data sekolah.
Punca: Nama pelajar tersebut masih wujud di sekolah lama dan perlu dipindahkan dan bukan memadam namanya.

Penyelesaian: Data murid hanya perlu dipindahkan bukan dipadamkan terus di portal rasmi. Data murid yang boleh dipadam daripada sistem adalah apabila murid tersebut meninggal dunia, meninggalkan sekolah KPM dan dibuang sekolah. Jika data murid dipadam makan segala markah murid tersebut juga terpadam dan ini akan menyusahkan pihak Sekolah Baru kerana perlu menghubungi sekolah lama untuk mendapatkan markah untuk di key – in semula.

2. Guru kelas dan guru mata pelajaran terlupa kata laluan dan login ID.
Penyelesaian: Boleh merujuk kepada SU peperiksaan sekolah untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan.

3. SU peperiksaan terlupa kata laluan dan login ID.
Penyelesaian: Boleh merujuk kepada PPD masing-masing untuk mendapatkan semula ID dan kata laluan.

4. Tidak boleh mengemaskini data murid untuk Tahun 2019
Punca: Data SMM 2018 tidak dapat pautan ke SAPS.
Penyelesaian: Tanggungjawab Admin pada tahun ini ialah:
i. Daftar kelas tahun 2019
ii. Daftar guru kelas 2019
iii. Tugas guru kelas ialah mendaftar nama murid untuk kelas masing-masing.
iv. Tugas guru subjek ialah mendaftar mata pelajaran dan kelas yang diajar.

5. Tidak boleh memuat naik logo sekolah.
Punca: Logo tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
Penyelesaian: Sila baca dalam Dokumen Soalan Lazim dan Pengumuman sekali lagi berkaitan kriteria lencana sekolah. Ramai SUP terlepas pandang. Kesannya lencana tidak boleh dimuatnaik.

6. Guru baru tidak boleh didaftarkan.
Punca: SU di sekolah lama tidak memadam (reset) data guru tersebut.
Penyelesaian: Sama penyelesaiannya seperti masalah murid. SUP hendaklah memindahkan Data Guru pindah keluar ke sekolah baru. Ada kemudahan pindah data guru disediakan.

7. Nama guru tiada dalam pengkalan data dan tidak boleh didaftarkan.
Punca: Data guru tersebut belum didaftarkan di mana-mana sekolah dan belum wujud dalam pengkalan data.
Penyelesaian: SU Peperiksaan boleh daftarkan nama guru berkenaan dari menu ‘Daftar Guru’.

8. Seorang murid telah berpindah ke sekolah lain tetapi namanya dan markah ujiannya masih terdapat dalam pengkalan data sekolah.
Punca: Guru kelas/SUP belum pindah nama murid itu.

Penyelesaian: SUP sekolah baharu perlu terima masuk data murid pindah masuk. Jangan biarkan data tergantung. Jika masih belum diterima masuk, murid itu masih dikira sebagai murid di sekolah lama.

9. Apabila nama seorang guru telah dikeluarkan dari data sekolah ke sekolah lain, data ujian subjeknya turut terhapus.

Punca: Nama guru dan murid subjeknya tidak boleh dihapuskan terlebih dahulu selagi belum ada guru baru untuk digantikan.

Penyelesaian: Markah guru pindah TIDAK TERHAPUS. Bila guru pindah keluar, Sistem tak dapat kesan siapa Guru Subjek. Oleh itu, Guru yang ganti guru pindah keluar hendaklah daftar diri sebagai guru yang menganti guru keluar. Perlu ada kesinambungan.

10. “The requested URL was not found on this server.”
Punca: Server busy atau kesesakan trafik pada server SAPS.

Penyelesaian: Cuba log masuk selepas 1 minit beberapa kali sehingga dapat masuk server data SAPS. Kalau masih tak boleh, cuba bersihkan ‘cookie’ di Internet Option Security.

11. Macam mana dengan subjek yang tiada markah seperti Muzik dan PJK.
Penyelesaian: Masukan markah seperti berikut:
A (80-100), B (60-79), C (40-59), D (20-39), E (1-19)
Guru boleh meletakkan markah dalam lingkungan gred tersebut.

12. Bagaimana jika murid tidak hadir untuk peperiksaan.
Penyelesaian: Letakkan TH (tidak hadir) untuk murid berkenaan.

13. Guru hanya taip separuh sahaja dan boleh keluar sistem tak?
Peneyelesaian: Setiap kali selepas daftar murid atau masuk markah murid, pastikan cikgu simpan data. Kalau tak siap pada hari itu, cikgu boleh sambung balik pada hari lain.

Digital Mukmin akan tambah soalan-soalan lain yang berkaitan kelak insyaAllah. Jangan lupa bookmark laman web kami ya. Thanks.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share240Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0