Sihir adalah satu perbuatan hasad dengki, iri hati dan sabotaj yang melibatkan bantuan jin dimana seseorang tersebut meminta bantuan daripada dukun, bomoh atau pun meminta secara terus dengan syaitan atau iblis untuk melaksanakan niat jahat mereka.
Sihir tergolong dalam kejahatan yang amat dibenci oleh Allah SWT. Wujudnya ia di dunia ini sebagai ujian dan cubaan, namun kita harus mengatasi dengan bantuan Allah SWT. Allah SWT melarang manusia melakukannya dan sebagai umat Islam kita diwajibkan untuk mengelakkan diri daripada sihir dan ilmu hitam atau guna-guna termasuk santau dan seumpamanya.
Secara ringkas, ia adalah suatu perbuatan atau guna-guna yang dilakukan oleh seseorang dengan syarat-syarat yang tertentu seperti membenci dan sebagainya di bawah keadaan dan persiapan-persiapan yang aneh dengan cara-cara yang misteri selain menggunakan bahan-bahan terlarang yang boleh menjadi syirik.
Bagi sepasang suami isteri ,kebiasaannya sihir yang sering di hantar adalah sihir pemisah. Sihir pemisah ada banyak jenis sihir pemisah. Ada yang terkena sihir pemisah suami isteri, sihir pemisah pembenci kasih dan sayang dengan kekasih, cinta, tunang, sahabat, ibu dan anak, sihir pemisah dengan keluarga, sihir pelalau perkahwinan, perniagaan dan sebagainya. Siapa yang terkena sihir memang tidak akan sedar mereka mempunyai simptom2 sihir. Untuk mengetahui sama ada terkena gejala sihir atau tidak, tanda terkena sihir buatan orang dan kesan sihir seperti di bawah.
1 – Kerap sakit belakang, bahu tengkuk dan urat belikat kerap sakit
2 – Kerap sesak nafas, sakit dada dan ulu hati
3 – Kerap rasa resah gelisah, berdebar-debar tanpa sebab terutama waktu asar ke atas
4 – Kerap sakit kepala walau makan ubat tetap sakit
5 – Kerap kembung perut, sendawa angin
6 – Kerap rasa berdenyut-denyut, di bawah ari-ari (wanita)
7 – Kitaran haid tak normal
8 – Lambat mendapat zuriat
9 – Menjadi rimas, lemas, cepat nak marah bila berdepan suami atau isteri
10 – Kerap bergaduh besar walaupun perkara-perkara kecil
11 – Ketika marah kerap meminta cerai
12 – Tidak suka tidur bersama
13 – Nafsu tiada terhadap suami atau isteri
14 – Tercium bau badan busuk, hanyir, nafas berbau pada tubuh suami atau isteri
15 – Suka bersendiri di dalam bilik
16 – Tidak suka tempat-tempat yang bising
17 – Sukar atau susah tidur pada waktu malam
18 – Kerap mimpi bayi menyusu dan bermain bayi
19 – Kerap mimpi ular, kala jengking dan binatang berbisa
20 – Kerap mimpi pasangan kita curang
21 – Perasaan curiga cemburu buta yang kuat
22 – Kerap bermimpi tempat kotor busuk
23 – Kerap terbau kemenyan, colok setanggi
24 – Bila berjauhan dengan pasangan perasaan rindu sayang amat-amat menebal
25 – Kerap teringat merindui seseorang yang tidak dikenali dan dikenali
26 – Menjadi resah gelisah terdengar azan dan ayat suci Al Quran
27 – Kerap bermimpi bersetubuh dengan orang lain
.
Sekiranya anda kerap mempunyai tanda seperti di atas, carilah langkah atau cara untuk menangani sihir atau dapatkan rawatan Islam dan hindari Gangguan, jangan sampai anda tidak lagi boleh mengatasi dan semuanya terlambat untuk diubati kerana ia boleh mengakibatkan kemusnahan rumah tangga, hubungan dengan kawan, keluarga dan sebagainya.