Tips Berkahwin Ketika Pandemik Covid 19 | Sedar tak sedar sudah dua tahun berlalu pandemik Covid19 tetapi kes semakin hari semakin membimbangkan! Kepada bakal – bakal pengantin yang ingin menamatkan zaman bujang pastinya semakin runsing bila fikirkan mengenai majlis perkahwinan yang sudah dirancangkan selama ini.
Namun sekarang, majlis perkahwinan sudah dibenarkan tetapi masih perlu mengikut SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Digitalmukmin.com akan kongsikan kepada anda tips berkahwinan ketika pandemik Covid 19 sebagai rujukan buat anda semua yang bakal berkahwin!
Tips Berkahwin Ketika Pandemik Covid 19
1. Panduan kesihatan
Anda sebagai tuan rumah perlulah peka dengan setiap SOP yang telah dikeluarkan oleh KKM dan juga Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC). Oleh itu, anda perlulah memastikan tetamu yang hadir ke majlis anda berada dalam keadaan yang sihat dan tidak mempunyai gejala. Hal ini adalah bagi memastikan semua tetamu berada dalam keadaan selamat.
Selain itu, anda juga perlu menyediakan hand sanitizer di pintu utama majlis dan juga mengamalkan meletakkan tangan di dada sebagai tanda hormat.
2. Bilangan tetamu
Semestinya semua orang mengindamkan majlis perkahwinan yang meriah dengan kehadiran semua sanak sedara, namun dalam keadaan kita sekarang, anda perlulah mengutamakan aspek keselamatan. Jika sebelum ini anda merancang jemputan melebihi 2,000 orang, mungkin anda patut fokus memberikan jemputan kepada keluarga terdekat serta rakan-rakan baik anda sahaja.
3. Hidangan makanan
Biasanya majlis perkahwinan akan menyediakan hidangan makanan jenis bufet. Tetapi anda perlu mempertimbangkan sedikit perubahan.
Cadangan terbaik adalah untuk menyediakan hidangan makanan siap terhidang dalam bungkusan.
4. Ringkas dan mudah
Dalam konsep hiasan bagi majlis perkahwinan pula, amat disarankan untuk anda memilih sesuatu konsep yang ringkas dan mudah. Walaupun anda menginginkan majlis yang mewah dan meriah, namun anda perlulah akur dengan keadaan sekar
Semua individu, khususnya wanita mahukan majlis yang meriah dan cantik dengan dipenuhi bunga segar, hiasan mewah dan sebagainya. Tetapi jika memilih untuk berkahwin ketika pandemik ini, pastinya ada beberapa keinginan yang tidak dapat dipenuhi.
5. Amalan kebersihan diri
Pastinya amalan melibatkan aspek penjagaan kebersihan diri menjadi keutamaan. Anda perlu menyediakan dispenser pembersih tangan yang mencukupi. Sebaiknya tabiat mencuci tangan dengan kerap perlu sentiasa diamalkan serta menghindari sentuhan pada muka apabila berada di tempat awam.
6. Siaran langsung
Sudah tentu anda akan berasa sedih apabila ada individu yang rapat tidak boleh menghadiri majlis perkahwinan anda. Jangan risau! Anda boleh gunakan teknologi yang ada sekarang. Jika mereka tidak boleh menghadirinya, anda bawakan majlis anda kepada mereka dengan mengadakan siaran langsung perkahwinan anda.
Walaupun terpaksa mengadakan majlis dalam suasana pandemik, tidak semestinya majlis anda tidak dapat diteruskan. Namun, anda perlulah mengikut SOP yang telah ditetapkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini terjadi.