ALLAHUAKBAR..!! Munculnya Binatang Ini Menandakan Bahawa Kiamat Semakin Menghampiri Kita. Datangnya binatang Dabbah adalah petanda lain diantara petanda lain yang paling terkenal, iaitu matahari terbit yang dari barat. Binatang ini bernama Dabbah dan berkali-kali disebut Rasulullah SAW sebagai salah satu tanda dekatnya kiamat. Selain Itu, Allah juga pernah menyebut Dabbah dalam Al-Quran.
وَإِذَا وَقَعَ الْقَوْلُ عَلَيْهِمْ أَخْرَجْنَا لَهُمْ دَابَّةً مِّنَ الْأَرْضِ تُكَلِّمُهُمْ أَنَّ النَّاسَ كَانُوا بِآيَاتِنَا لَا يُوقِنُونَ
Terjemahan: Dan apabila perkataan telah jatuh atas mereka, Kami keluarkan sejenis binatang melata dari bumi yang akan mengatakan kepada mereka, bahwa sesungguhnya manusia dahulu tidak yakin kepada Ayat-Ayat Kami.(Surah An-Naml Ayat 82)
Al-Dabbah (الدابة) menurut bahasa adalah setiap yang berjalan di atas muka bumi. [Lihat: Mukhtar al-Sihah, 101/1] Manakala, menurut istilah pula, al-Dabbah adalah sejenis binatang yang akan keluar di akhir zaman (apabila manusia dalam keadaan yang jauh daripada agama) dan keluarnya al-Dabbah ini merupakan antara tanda-tanda besar hari Kiamat sebagaimana yang disebutkan di dalam hadith yang banyak. [Lihat: Tafsir al-Sa’di, 610/1] Dabbah disebut-sebut sebagai binatang melata yang keluar dari bumi, ia boleh berbicara kepada manusia dan memilah-milah mana mukmin dan mana kafir.
Hadith-Hadith Berkaitan al-Dabbah
Rasulullah SAW berkata jika Dabbah ini adalah salah satu peringatan manusia untuk segera bertaubat. Sebab, ada beberapa petanda yang jika muncul maka pintu taubat akan ditutup. Salah satu diantara tanda ditutupnya pintu taubat tersebut adalah munculnya Dabbah. Antara hadith-hadith berkaitan al-Dabbah adalah seperti berikut sebagaimana yang kami nyatakan pada Irsyad al-Hadith sebelum ini iaitu yang bertajuk Tanda-Tanda Besar Kiamat:
“Ada tiga perkara yang jika keluar maka tidak akan berguna lagi keimanan orang yang belum beriman sebelumnya; atau belum mengusahakan kebaikan yang dilakukan dalam keimanannya. Ketiga perkara itu adalah: terbitnya matahari dari barat, Dajjal dan binatang bumi. “(HR. Muslim)
Beliau juga pernah menyampaikan sabdanya:
“Bersegeralah kalian beramal (sebelum datangnya) enam perkara … (beliau menyebutkan di antaranya) dabbah.” (HR. Muslim).
Dabbah yang muncul tersebut akan mampu berbicara kepada manusia dan kemudian meletakkan tanda atau cap kepada wajah-wajah manusia. Ia memberikan tanda perbezaan antara orang beriman dan kafir. Tanda untuk orang yang beriman adalah wajah yang bercahaya, sedangkan yang tidak, tandanya diberikan dibahagian hidung sebagai tanda kekufurannya.
Disebutkan dalam hadis yang diriwayatkan dalam Majma’uz Zawaid VIII / 7-8, daripada Huzaifah bin Asid secara marfu ‘, bahawa Dabbah akan muncul dari Makkah, keluar dari Masjid paling mulia. Kemunculannya membuat bumi bergetar.
“Dabbah akan keluar dari masjid yang paling besar, tatkala mereka (sedang duduk-duduk tiba-tiba bumi bergetar) ketika mereka sedang demikian tiba-tiba bumi terbelah.”
Pendapat Ulama’ Berkaitan al-Dabbah
Para ulama’ berbeza pendapat dalam menentukan maksud atau makna al-Dabbah ini, maka kami ringkaskannya dalam bentuk nokhtah:
- Imam al-Qurthubi menyatakan al-Dabbah adalah seekor anak unta daripada unta Nabi Soleh AS yang dimasukkan oleh Allah SWT ke dalam batu dan unta tersebut akan keluar pada bila-bila masa dengan izin Allah SWT.
- Al-Dabbah yang dimaksudkan adalah al-Jassasah yang disebut atau diceritakan di dalam hadith Tamim al-Dari.
- Al-Dabbah adalah ular yang menjaga dinding Ka’bah.
- Al-Dabbah adalah manusia yang bercakap bagi menentang orang yang melakukan bid’ah dan kekufuran.
- Perkataan al-Dabbah adalah isim (kata nama) bagi setiap binatang yang melata dan ia bukanla haiwan tertentu yang memiliki berbagai keajaiban dan keanehan. Berkemungkinan yang dimaksud dengannya adalah bakteria yang berbahaya yang telah membuat manusia menderita dari sudut badan dan kesihatannya.
Untuk itu, kami nukilkan sebagai kesimpulan daripada pendapat-pendapat di atas daripada pengarang kitab Mausu’ah al-Akhirat bahawa al-Dabbah mempunyai ciri-ciri khas yang berbeza dari sudut kekuatan, keluasan, keilmuan dan juga kecantikan yang mana ia diutuskan oleh Allah SWT bagi tujuan tertentu untuk diselesaikan. Tambahan pula, tidak sesiapa yang mampu untuk lari daripadanya atau daripada tujuannya dan jika seseorang itu ingin mencari atau menghendakinya nescaya dia tidak mampu untuk melakukan hal sedemikian. Ia juga akan datang kepada sekalian manusia di atas muka bumi ini seakan-akan nama-nama mereka (manusia) ada dengannya iaitu al-Dabbah. [Lihat: Mausu’ah al-Akhirat Ashrath al-Sa’ah, 173, 174]
Tempat Keluar al-Dabbah
Para ulama’ juga berbeza dalam menentukan tempat keluarnya al-Dabbah ini:
- Al-Dabbah akan keluar dari Makkah al-Mukarramah iaitu dari masjid yang paling mulia.
- Al-Dabbah ini akan keluar melalui tiga tempat. Ia akan keluar di sebahagian lembah dan kemudiannya bersembunyi. Kemudian ia keluar lagi di sebahagian kampung, lalu ia muncul di Masjid al-Haram.
Terdapat beberapa lagi pendapat-pendapat lain yang menceritakan berkaitan tempat keluarnya al-Dabbah ini. Akan tetapi, sebahagian besar daripada pendapat-pendapat dalam masalah ini menyatakan bahawa tempat keluarnya al-Dabbah ini adalah dari tanah haram Makkah.
Kesimpulannya, kita sebagai seorang yang beriman wajib beriman dengan apa yang dikhabarkan oleh Allah SWT serta Rasul-Nya. Ini kerana, hal ini termasuk di dalam beriman dengan perkara-perkara yang ghaib. Akhirnya, semoga Allah SWT menggolongkan kita semua daripada kalangan hamba-hamba-Nya yang berjaya di dunia dan akhirat. Amin.