Ujian Memandu Percuma Untuk Semua Rakyat Malaysia – Mohon Sekarang

Ujian memandu percuma untuk semua rakyat Malaysia. Kini Bajet 2023, Madani Malaysia berasaskan enam perkara: Kemampanan, Kesejahteraan, Ihsan, Hormat Menghormati, Keyakinan dan Daya Cipta.

Justeru, pembangunan tema MADANI untuk Bajet 2023 akan memastikan langkah yang lebih mampan dan komprehensif berpaksikan keadilan sosial di samping menggerakkan usaha reformasi pentadbiran dan tadbir urus yang baik.

Oleh itu, kerajaan perpaduan mengumumkan dalam Bajet 2023 inisiatif kerajaan untuk meringankan beban rakyat dengan menyediakan kemudahan ujian memandu percuma.

Ujian Memandu Percuma

Ujian memandu percuma untuk semua rakyat Malaysia
diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Bajet 2023. Kerajaan bersetuju menanggung kos ujian memandu bagi lesen motosikal kelas B2 dan lesen teksi, bas dan e-hailing.

Pelaksanaan bantuan lesen memandu ini akan dijalankan pada tahun ini dan akan dilaksanakan bagi membantu orang ramai khususnya golongan belia kerana menurutnya, belia ini antara individu yang akan membantu merangsang pertumbuhan ekonomi negara dalam pengangkutan awam. jabatan.

Jenis Bantuan Lesen Memandu

Dalam ucapan tersebut, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan Malaysia mengumumkan bahawa ujian memandu percuma ini hanya disediakan untuk beberapa jenis ujian sahaja iaitu;

  • lesen motosikal B2
  • lesen teksi
  • lesen bas
  • lesen e-hailing

Dengan bantuan ini kerajaan berharap dapat membantu meningkatkan lagi ekonomi negara dengan menyediakan lesen memandu percuma, membuka peluang pekerjaan kepada golongan muda.

Cara Memohon Bantuan Lesen Memandu 2023

Syarat permohonan dan kelayakan untuk mendapatkan lesen memandu percuma itu masih belum diumumkan.

Menteri pengangkutan berkata, dalam masa terdekat beliau akan mengumumkan secara terperinci kriteria kelayakan bantuan permit percuma ini dan cara memohonnya.

Semua maklumat terkini tentang cara memohon dan syarat kelayakan untuk bantuan ujian memandu akan dikemas kini dari semasa ke semasa.

lesen bantuan

Jom Bantu Share Artikel Ini
×