Merujuk kepada posting yang dimuat naik oleh Caprice di laman Instagram miliknya, beliau ada kongsikan perbualannya bersama dengan Ustaz Ebit bagi bertanyakan perkembangan dirinya.
Nampaknya kita boleh tarik nafas lega berkenaan kehilangan Ustaz Ebit Lew kerana selebriti Caprice sendiri mengesahkan bahawa Ustaz Ebit kini dalam keadaan baik-baik sahaja. Syukur Alhamdulillah Ustaz Ebit kini baik-baik sahaja namun dalam masa yang sama beliau turut memohon doa daripada semua.
Untuk pengetahuan yang kurang faham, semenjak 25 Mei lalu, pendakwah Ustaz Ebit Lee telah bertolak ke Palestin bagi menyertai misi pertolongan kemanusiaan untuk membantu rakyat Palestin yang ketika itu keaadaanya sangat darurat akibat serangan darpada zionis.
Tetapi kini, semejak dari itu sudah lama kita tidak dengarkan perkembangan tengang misi berkenaan serta status beliau sendiri, memandangkan Palestin merupakan salah satu negara yang sedang bergolak dan sudah semestinya ramai yang bimbang dengan keselamatan dirinya.
Ada gosip yang mengatakan kononnya Ustaz Ebit sedang dalam keadaan bahaya serta diculik oleh pihak lawan dan banyak lagi konklusi yang diciptakan dari ramai pihak akibat kebisuan tentang status beliau pada ketika ini.
Disebabkan berita seperti itu, ramai yang hampir percaya dan tidak dapat menarik nafas lega kerana bimbang sudah lama Ustaz Ebit tidak kongsikan perkembangan baharu beliau di sana. Apa pun, sama-sama kita doakan supaya urusan Ustaz Ebit dipermudahkan dan semoga beliau dilindungi oleh Allah S.W.T