Tergempar ! Keberanian seorang gadis cantik yang memegang puluhan ekor ular menerusi akaun tiktok gadis tersebut ternyata membuatkan ramai warganet yang kagum , takut dan terkejut.
Menerusi video tersebut,dia pada mulanya dilihat duduk bersila sambil memangku puluhan ekor ular dengan corak belang hitam dan kuning.
Dengan wajah yang selamba, dia kemudiannya mengangkat kesemua ular tersebut dan menunjukkannnya ke arah kamera sekaligus membuatkan ramai yang meremang dan ketakutan untuk dekat dengannya.
Dalam tempoh 48 jam, video gadis dari negara jiran, Indonesia itu telah mendapat 17 juta tontonan dengan ratusan ribu ‘likes’ dan puluhan ribu komen.
Ada yang tau tak ni berapa ekor?kemungkinan berpuluh ekor ular dia pegang begitu saja.
Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen mengakui ‘ketakutan’ hanya dengan melihat aksi gadis berkenaan.
Sebilangannya memuji keberanian yang dimiliki gadis itu dan menyifatkan bukan calang-calang orang mampu mengatasi rasa takut bermain dengan haiwan eksotik yang sangat berbahaya.Mengagumkan!!