Antara juadah buka puasa paling jadi rebutan orang di bazar Ramadan ialah martabak, kuih tepung pelita, air katira dan banyak lagi. Kalau tak berbuka dengan makanan-makanan ni, rasa macam ‘tak lengkap’ rasanya.
Tapi ada satu lagi juadah pilihan ramai yang sangat terkenal di pasar malam sejak dulu lagi, iaitu roti john. Jika zaman dulu-dulu, resipi roti john sangat ringkas. Sekadar ada ‘intinya’, disulami timun, kubis, sos dan mayonis.
Mungkin ada yang rajin sanggup beratur panjang di bazar. Tapi bagi yang tidak sempat, masak sendiri di rumah adalah pilihan kedua. Maka dengan itu, mari kita belajar resipi buat roti john seperti yang dikongsikan pada hari ini . Jom kita start !
Bila Ramadan tiba wajib beli roti john dekat bazar dan sanggup beratur panjang. Tapi tahun ni saya cuba buat sendiri walaupun campak-campak. Simptom mummy anak kecik masak sambil berperang dekat dapur. Alhamdulillah walaupun tak berapa nak cantik rupa roti john tapi puas hati dapat buat sendiri. Resipi ada dekat setiap gambar.
1) Beli roti ( jenama apa pun tak apa kedai 2 eco pun ada )
2) Daging burger ( ayam atau daging pun takpa )
3) Sosej ( jenama apa pun okay jer ) kalau taknak letak pun takpa ye
4) Tumis bahan ( ni kalau taktau , ketuk kepala sendiri dengan senduk )
Tumis bawang merah + bawang putih (potong dadu)
Masukkan rempah kari (campur air)
Masukkan daging (cincang)
Masukkan sosej (potong)
Masukkan garam
Masukkan lada sulah
5) Pecah telur ( pecah telur ye bukan pecahkan hati orang heheeheh )
Pecahkan telur + masukkan daun sup / bawang
6) Campurkan
Kemudian campurkan bahan tumis tadi dengan telur dan bawang.
7) Roti belah 2 & tekap
Roti belah dua, jangan bagi putus yerk dan sapukan mentega / planta then terus tekap atas pan.
8) Cairkan mentega / planta dan tuangkan inti
9) Tekapkan roti
10) Terbalikkan
11) Letak bahan penambah
Letak mayonis + sos cili nak letak timun / salad atau ikut citarasa pun boleh.
13) Lipat roti
14) Potong dan siap untuk dimakan . Tunggu berbuka ye bukan main ngappp ajerr.