• Home
  • Panduan
  • Informasi
  • Portal Rasmi
  • Tutorial
  • Petua
  • SAPS
Wednesday, April 7, 2021
Digital Mukmin
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Digital Mukmin
No Result
View All Result
Home Panduan

Wang Tidak Dituntut eGumis – Semak & Tuntut Di eGumis

by digitalmukmin
July 28, 2019
in Panduan
3 min read
0
577
SHARES
1.6k
VIEWS
Share on Facebook

Wang tidak dituntut eGumis ok? Semak dan tuntut wang anda di eGumis segera! Mungkin wang anda berjumlah ribuan ringgit tidak dituntut. Mari Digital Mukmin kongsikan sikit apa itu eGumis.

Untuk makluman, buat masa ini semakan Wang Tak Dituntut (WTD) hanya boleh dilakukan secara manual iaitu pemohon perlu hadir ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) yang berdekatan tempat anda.  Namun begitu, sistem semakan WTD secara atas talian (online) yang akan dikenali sebagai eGUMIS akan mula diperkenalkan pada suku tahun 2018. Semakan WTD tidak mempunyai tarikh luput, ini bermakna pemohon boleh membuat semakan bila bila sahaja pada waktu pejabat. Anda hanya perlu membawa kad pengenalan ke kaunter untuk menyemak, tiada bayaran atau caj perkhidmatan yang dikenakan, ianya 100% percuma!

LANGKAH MENYEMAK WTD DI KAUNTER JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA (JANM)

Dibawah ini merupakan langkah – langkah bagi menyemak WTD secara manual di kaunter JANM yang berdekatan anda

  1. Hadir sendiri (Walk In) Ke Kaunter Bahagian WTD pada waktu operasi pejabat
  2. Bawa bersama Kad pengenalan/ MyKad dan serahkan MyKad anda di kaunter JANM
  3. Pegawai JANM yang bertugas akan membuat semakan melalui sistem JANM.
  4. Semakan akan mengambil masa tidak sampai lima minit bergantung kepada keadaan semasa seperti capaian sistem dan sebagainya
  5. Senarai jumlah WTD dan amaun yang boleh dituntut (Jika ada) akan dipaparkan kepada pemohon
  6. Pegawai JANM akan memberikan panduan dalam cara membuat tuntutan WTD kepada pemohon

Nota : Bagi menyemak WTD orang yang telah meninggal dunia, waris perlu membawa sijil perkahwinan, sijil kematian, sijil kelahiran dan juga surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

LANGKAH MEMBUAT TUNTUTAN WTD BAGI INDIVIDU

Pemohon perlu mengisi borang tuntutan jika terdapat wang tidak di tuntut milik anda di JANM.

  1. Muat Turun Borang UMA-7
  2. Borang UMA-7 yang lengkap iaitu perlu diisi dan ditandatangani
  3. Salinan kad pengenalan (hadapan dan belakang) / pasport pemohon bagi bukan warganegara
  4. Dokumen asal seperti buku bank /sijil simpanan tetap dan lain-lain
  5. Fotostat muka hadapan buku akaun / penyata bank pemohon yang masih aktif serta disahkan oleh pihak bank (bayaran WTD akan dikreditkan terus ke dalam akaun yang diberikan)

Contoh paparan Borang UMA-7

PANDUAN CARA MEMBUAT TUNTUTAN WTD

Bagi mendapatkan panduan lengkap mengenai WTD, anda boleh merujuk PDF dibawah :-

Garis Panduan Permohonan Tuntutan Wang Tidak DiTuntut

INFO RASMI MENGENAI WTD DI JANM

Apa Itu Wang Tidak Dituntut (WTD)?

Berikut dikongsikan definisi maksud wang tidak dituntut :-

Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  1. Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;
  2. Dividen;
  3. Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;
  4. Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;
  5. Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;
  6. Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;
  7. Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.
  8. Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

  1. Akaun simpanan;
  2. Akaun semasa;
  3. Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apaapa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

  1. Akaun pemiutang dagangan
  2. Akaun penghutang dagangan berbaki kredit

 

Semoga dengan penjelasan ini dapat memudahkan anda untuk membuat semakan WTD.

  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
Share231Send
Channel Telegram info bantuan kerajaan
  • Trending
  • Comments
  • Latest
Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira

Bantuan Khas RM300 Musaadah Khaira – Panduan Memohon Bergambar

bsh fasa 3 dah masuk

BSH Fasa 3: Bayaran Sehingga RM 1,000 Sudah Mula Di Masukkan Hari Ini Bermula Dengan Bank BSN

Bayaran BPN masuk april

Bayaran BPN Masuk Secara Berperingkat Mulai April

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

Kenapa Bayaran BSH Fasa 3 Tidak Seperti Yang Diharapkan? Baca Sini!

bangunan lhdn

Individu “Tiada Rekod” Bantuan Prihatin Nasional Sila Kemuka Permohonan Semula – LHDN

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

SMPK – Sistem Maklumat PraSekolah Kebangsaan (KPM)

1
SAPS Guru

Semak Kedudukan Kelas Online Dengan SAPS NKRA

1
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

0
SAPS Semakan Ibu Bapa

SAPS Semakan Ibu Bapa

0
Cara Login SAPS Ibu Bapa

Cara Login SAPS Ibu Bapa

0
PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

PKP Terpaksa Dilakukan Demi Keselamatan Rakyat

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

( COVID-19 TERKINI ) BERMULA AHAD 27 SEPTEMBER 2020 WAJIB KUARANTIN PULANG DARI SABAH

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

BERITA BAIK, BOLEH MENUNAIKAN UMRAH MULAI 4 OKTOBER 2020

UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

STAFF POSITIF COVID-19 BANK UOB KEPONG TUTUP SEHINGGA 5 OKTOBER 2020

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

BANTUAN PRIHATIN 2.0 PROGRAM SUBSIDI UPAH RM600 UNTUK SETIAP PEKERJA

Digital Mukmin

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home 1
  • Home 2
  • Home 3
  • Home 4
  • Home 5
  • Sample Page

Copyright © 2020 DigitalMukmin.

Login to your account below

Forgotten Password?

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
Jom Bantu Share Artikel Ini
  • WhatsApp
  • Telegram
  • Facebook
  • Facebook Messenger
  • Total: 0